IQNA

Falsafah Haji berdasar Al-Quran/ 2;

Pendifinisian semula haji dalam Al-Quran

14:23 - June 10, 2024
Berita ID: 3104569
IQNA - Haji dan kehadiran simbol Ibrahim; Amalan Haji menunjukkan ibadah yang amat berbaur dengan ingatan perjuangan Hazrat Nabi Ibrahim « ابراهيم» (as), anaknya Ismail (as)« اسماعيل» dan isterinya Hajar «هاجر» (as); Jika kita mengabaikan perkara ini mengenai rahsia haji, banyak konsep ibadah ini akan muncul kepada kita dalam bentuk teka-teki.

Haji dan kehadiran simbol Ibrahim; Amalan Haji menunjukkan ibadah yang amat berbaur dengan ingatan perjuangan Hazrat Nabi Ibrahim « ابراهيم» (as), anaknya Ismail (as)« اسماعيل» dan isterinya Hajar «هاجر» (as); Jika kita mengabaikan perkara ini mengenai rahsia haji, banyak konsep ibadah ini akan muncul kepada kita dalam bentuk teka-teki dan misteri, oleh itu perlu untuk berkenalan dengan beberapa simbol Ibrahim yang terkristal dalam haji, ini berdasarkan Al-Quran yang dibawa oleh Nabi Akhiru Zaman Baginda Nabi besan Hazrat Muhammad bin Abdillah (SAW).

Perjalanan haji adalah hijrah yang besar sebagai  perjalanan ketuhanan yang dilakukan dengan tujuan untuk memperbaiki diri sebagai hamba Allah SAW. Upacara ini seperti yang disebutkan dalam ayat;

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
"Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud". (Qs, Al-Baqarah 2:125).

Ibadah yang sangat berkaitan dengan ingatan perjuangan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dan isterinya Hajar (as); Jika kita mengabaikan perkara ini mengenai rahsia haji, banyak konsep ibadah ini akan kelihatan kepada kita sebagai misteri, sebagai contoh, apabila kita datang ke tempat sembelihan - kurban di tanah Mina, kita tertanya-tanya untuk apa semua pengorbanan ini? 

Bolehkah menyembelih haiwan menjadi sebahagian daripada satu set ibadat?! Tetapi apabila kita mengingati isu pengorbanan Nabi Allah Ibrahim (as), yang mengorbankan anaknya dalam ketaatan kepada perintah Allah semata-mata ertinya berbuat sesuatu kerana Allah, dan kemudiannya tercipta tradisi sebagai Ibadah korban salah satu dari manasik Ibadah Haji di Mina, kita menyedari falsafah karya ini. 

Korban adalah rahsia mempersembahkan segala-galanya yang kita punya di jalan Allah - dikembalikan kepada Allah secara sedar dan rela berdasarkan perintah Allah semata-mata, banyak perkara yang diminta oleh Allah SWT dari hambaNya, kekadang Allah meminta sebahagian harta kita untuk diberikan kepada fakir miski dan orang lain yang memerlukan, kekadang Allah SWT meminta kita untuk berbagi pengetahuan dan Ilmu yang bermanfaat untuk kesejahteraan bersama umat manusia -(semuapun milik Allah - pada kita hanya sementara pinjaman).

Pengorbanan adalah manifestasi mengosongkan hati daripada apa-apa selain Allah, dan apabila seseorang boleh mendapat manfaat daripada simbol ritual ibadah yang memuat pendidikan ini sehingga seluruh adegan penyembelihan Ismail dan emosi jiwa ketaatan bapa dan anak semasa pengorbanan yang harus dijelmakan dalam kehidupan harian kita, dan jiwa kehambaan dan pengorbanan keikhlasan itu harus bersinar dalam diri setiap manusia.

Apabila kita pergi ke Jamarat - tiga tiang batu khas yang dilemparkan oleh jemaah haji semasa upacara haji dan setiap kali mereka membaling tujuh batu ke arahnya dengan upacara yang istimewa - teka-teki ini muncul di mata kita yang melontar apa yang boleh menjadi erti batu yang begitu banyak ke ruangan tiang yang tidak berjiwa itu? Dan apakah masalah yang diselesaikannya? 

Tetapi apabila kita mengingati perkara-perkara ini, ia mengingatkan kita tentang perjuangan Nabi Ibrahim (as) melawan godaan syaitan, yang muncul tiga kali dalam perjalanan dan memutuskan untuk membuatnya teragak-agak dan ragu dalam perkara mengorbankan anaknya yang Allah SWT perintahkan, tetapi setiap kali Nabi Ibrahim di datangi oleh syaitan yang cuba merayu untuk menolak perintah Allah SWT, Nabi Ibrahim bersikeras membaling syaitan itu supaya menjauh darinya dan Nabi Ibrahim dapat menunaikan perintah Allah SWT dengan penuh keyakinan dan ikhlas; simbol upacara Haji melempar jamarat menjadi lebih jelas. 

Maksud Ibadah ritual ini ialah kita semua menghadapi godaan syaitan di medan Jihad Akbar sepanjang hidup kita (jihad melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan), dan kita tidak akan menang sehingga kita merejam keduanya dan menghalau mereka dari diri kita.

Atau apabila kita datang ke "Safa" dan "Marwah" dan kita pergi dari satu bukit ini ke bukit yang itu dan dari sana kita kembali ke yang satu ini hingga tujuh kali kita pergi dan balik, kadang-kadang ada yang berlari, dan kadang-kadang ada yang berjalan santai, sebenarnya simbol ini mengandungi rahsia apa?

Misteri ini apabila kita mengingati kisah usaha ibu Hajar untuk menyelamatkan nyawa anak lelakinya Ismail di padang pasir yang kering dan terbakar itu, bagaimana selepas usaha ini Tuhan membawanya ke destinasi, mata air Zamzam dari bawah kaki bayinya, maka kita dapat tahu bahwa ibadah Sa'i antara bukit Safa dan Marwah, menyingkapkan bahawa kegelisahan kita terhadap ketidak punyaan kita perlu ditempuh dengan usaha gigih supaya Allah SWT menyediakan apa yang kita perlukan itu.

Kita melihat diri kita pada saat melakukan Sa'i Haji itu Ibunda Ismail Siti "Hajar", telah menempuh usaha yang melelahkannya, kerana tiada siapa yang boleh mencapai anugerah Ilahi semasa berjuang di jalan Tuhan tanpa usaha keras.

Dari apa yang telah dikatakan, dapat disimpulkan bahawa "Haji" harus diajar dengan rahsia ini, dan ingatan kepada pencapaian Nabi Allah Ibrahim, anaknya dan isterinya (as) harus dijelmakan selangkah demi selangkah, supaya falsafah Ibadah Haji ini difahami dan dapat membentuk akhlak yang mendalam sebagai kesan sebenar yang boleh dicapai dari haji yang mencerahkan jiwa jemaah haji.

 

tanda nama: Haji
captcha