IQNA

Mencemari Kehormatan Kubur Para Sahabat Adalah Pengisytiharan Perang Keatas Hukum-hukum Ilahi

0:21 - May 12, 2013
Berita ID: 2531784
Kumpulan Antarabangsa: Jumaaat, Pemimpin syiah Bahrain didalam mengutuk penggalian kubur yang dilakukan oleh wahabi di Suria, berkata: “Mencemari kehormatan kubur para sahabat adalah merupakan pengisytiharan perang keatas mayat dan hukum-hukum Ilahi."
Kumpulan Antarabangsa: Jumaaat, Pemimpin syiah Bahrain didalam mengutuk penggalian kubur yang dilakukan oleh wahabi di Suria, berkata: “Mencemari kehormatan kubur para sahabat adalah merupakan pengisytiharan perang keatas mayat dan hukum-hukum Ilahi.
Menurut laporan Agensi Berita Antarabangsa Al-Quran (IQNA) dipetik dari rangkaian berita Al-Ahad, Ayatullah Sheikh Isa Qasim, khatib solat Jumaat mengatakan: “Penggalian kubur Hajr bin Uday di Suria adalah pengisytiharan perang keatas mayat-mayat, hukum-hukum Ilahi, sejarah umat Islam dan risalahnya kenabian.”
Ayatullah Sheikh Isa Qasim yang telah menyampaikan bantahannya didalam masjid jamik Imam Sadiq a.s didaerah “Deraz” Bahrain, menambah: Hajr bin Uday adalah merupakan seorang sahabatnya Rasullah s.a.w dan merupakan seorang yang sangat penting dan berpengaruh dikalangan umat Islam dan seorang mujahid yang sabar dan berani dan sangat komited terhadap nilai-nilai agama.
Beliau didalam masalah penindasan pemerintahan rejim Al-Khalifah keatas masyarakat Bahrain berkata: “Tujuan tetap mereka adalah untuk menghapuskan pergerakan masyarakat dengan menggunakan undang-undang yang melampau, penjara, memecat para pekerja, dan membuang kerakyatan mereka yang melawan.”
Beliau diakhir ucapannya didalam menerangkan bahawa dewan perundangan di Bahrain sedang berusaha membantu rejim Al Khalifah berkata: “Al Khalifah tidak bersetuju dengan kehadiran Suruhanjaya Khas PBB untuk melaporkan bilangan mereka yang telah didera di Negara ini adalah kerana Al Khalifah takut laporan mengenai penderaan rakyat dinegara ini akan dikeluarkan.”

1225782
captcha