IQNA

Jangan normalisasikan zina dan LGBT

18:02 - March 23, 2022
Berita ID: 3100910
TEHRAN (IQNA) -Setiap daripada kita perlu ada usaha untuk berdakwah dan mengajak masyarakat agar tidak jatuh daripada jalan agama yang benar. Saya yakin ramai daripada mereka ini mahu untuk belajar agama dan bertaubat, mungkin kurang sampai dakwah kita kepada mereka atau mereka selalu dipinggirkan sehingga hanya duduk di dalam ‘circle’ mereka.

UMAR Abdul Aziz dalam usaha islahnya menyebut: “Aku ini membaiki urusan yang tidak siapa yang boleh menolongku melainkan Allah Taala, kerana orang-orang tua telah menjadi tua dengan kesalahan itu dan orang-orang muda telah membesar di dalam kesalahan tersebut. Orang-orang bukan Arab telah menjadi fasih dengan kesalahan itu dan orang- orang Arab pula telah menganggap ia sebagai baik. Sehingga mereka menyangka yang salah itulah agama dan mereka tidak mahu lagi melihat kebenaran selain itu.”

Inilah realiti yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Budaya zina dan LGBT telah menjadi norma sehinggakan masyarakat tidak nampak di manakah salahnya, walhal ianya terang benderang salah dari sudut agama, perubatan dan pemikiran yang waras. Jangan sesekali kita menormalisasikan perkara sebegini. Bimbang masyarakat kita menjadi lali dan bergelumang di dalam maksiat.

Setiap daripada kita perlu ada usaha untuk berdakwah dan mengajak masyarakat agar tidak jatuh daripada jalan agama yang benar. Saya yakin ramai daripada mereka ini mahu untuk belajar agama dan bertaubat, mungkin kurang sampai dakwah kita kepada mereka atau mereka selalu dipinggirkan sehingga hanya duduk di dalam ‘circle’ mereka. 

Oleh itu, mari kita dakwah sehingga ke jalanan agar mesej agama itu dapat disampaikan. Proses dakwah bukanlah satu jalan yang mudah dan memerlukan usaha daripada kita semua. Sama-sama kita usahakan.

Harakahdaily

captcha