IQNA

Anugerah Al-Quran "Ajman" ke-16 di UAE

7:56 - October 23, 2022
Berita ID: 3101708
TEHRAN (IQNA) - Pusat Khidmat Al-Quran "Hamid" mengumumkan pelancaran Anugerah Al-Quran Ajman - «عجمان» ke-16.

Laporan IQNA, memetik Ajman News; Pusat Khidmat Al-Quran Hamid Bin Rashid AlNuaimi yang bergabung dengan Yayasan Amal Hamid Bin Rashid telah mengumumkan permulaan persiapan untuk Anugerah Al-Quran Ajman edisi ke-16 pada 1444 Hijrah (2023 Masihi).

Pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini telah bermula pada hari Jumaat, 21 Oktober.

Pusat Khidmat Al-Quran Hamid Bin Rashid AlNuaimi mengumumkan berita ini dan menjelaskan: Pertandingan ini merangkumi empat pertandingan kecil, iaitu Pertandingan Al-Quran, Pertandingan Ibu-ibu Warganegara, Pertandingan Mualaf dan Pertandingan Kemahuan Kuat.

Menurut pusat ini, 24 November adalah peluang terakhir untuk mendaftarkan calon untuk menyertai pertandingan ini.

Pertandingan-pertandingan ini diadakan selaras dengan tindakan Syeikh Hamid bin Rashid AlNuaimi, ahli Majlis Tertinggi dan Pemerintah Emiriah Ajman, dalam usaha memartabatkan kedudukan Al-Quran dalam semua sektor masyarakat, mengukuhkan peranannya dalam mencipta ilmu dalam kalangan anggota masyarakat dan menghayati Al-Quran di Emiriah Arab Bersatu - UAE - United Arab Emirates .

4093403

captcha