IQNA

Khumus dalam Islam / 8

Perbezaan antara khums, zakat dan cukai

17:14 - November 29, 2023
Berita ID: 3103533
TEHRAN (IQNA) - Khums dan Zakat termasuk perbelanjaan harta yang diterima oleh institusi Islam, dan cukai adalah apa yang diterima oleh kerajaan. Tetapi apakah perbezaan antara keduanya (institusi Islam dan Kerajaan)?

Perbezaan pertama
Cukai ialah perbelanjaan yang anda bayar supaya kerajaan menyediakan kebajikan anda di luar rumah. Sebagai contoh, untuk kerajaan membina taman di luar rumah anda, sama seperti anda membina taman di rumah.

Sesiapa yang membuat mozek atau batu di halaman rumahnya, juga membayar cukai kepada kerajaan untuk menurap bahagian luar rumahnya.

Seseorang mengunci pintu rumahnya, dia juga membayar cukai kepada kerajaan untuk menempatkan polis di luar rumahnya.

Dia menyalakan lampu di rumah, dia juga membayar cukai kepada kerajaan untuk menyalakan jalan dan lorong di luar rumah.

Dia mempunyai alat pemadam api di rumahnya, dia juga membayar cukai kepada kerajaan untuk menyediakan jentera bomba di luar rumahnya.

Oleh itu, cukai adalah perbelanjaan anda sendiri dan ia seperti wang yang anda belanjakan di rumah untuk kehidupan peribadi anda, dengan perbezaan bahawa apa yang anda belanjakan di rumah adalah langsung anda menerima manfaatnya dan apa yang anda mengambil manfaat di luar rumah adalah melalui cukai yang anda berikan kepada kerajaan.

Perbezaan kedua
Membayar khums dan zakat adalah satu ibadah dan niat rapat diri dengan Tuhan Pencipta dan pemberi semua nikmat yang kita sedang menikmatinya, niat qurbatan illallah itu perlu, jika tidak perbuatan itu tidak akan diterima. Tidak seperti cukai, yang tidak memerlukan kedekatan dan biasanya dibayar dengan berat hati dan kerap dianggap sebagai tekanan bagi rakyat.
 
Perbezaan ketiga
Khums dibelanjakan di bawah pengawasan orang yang paling berilmu (ulama yang memenuhi syarat), paling popular (dicintai) dan paling soleh (bertaqwa) yang dipilih berdasarkan penyelidikan, iaitu ahli hukum yang adil, tidak seperti cukai, yang tidak mempunyai syarat sedemikian, dan oleh itu kadang-kadang dibelanjakan secara tidak adil . Di samping itu, hubungan golongan yang tertindas dengan dunia ketuhanan adalah asas ketaatan  kepada Allah dan Rasul, dan orang miskin sebagai penerima tidak merasa rendah diri apabila mereka menerima Khums daripada wakil Imam Zaman (as) - ulama marjaiahnya.
 
Perbezaan keempat
Dalam khums dan zakat, orang yang membayar adalah dipercayai, iaitu pertama;dia mengira hartanya sendiri, bukan
Inspektor dan pegawai kerajaan, kedua, dia memilih orang yang dia ingin beri hartanya, iaitu orang yang paling bertakwa dan seorang ulama yang amanah, ketiga, dia mengetahui pengambilannya di bawah pengawasan mujtahid yang adil dan mengetahui di mana ia dibelanjakan yang menuntaskan tanggungjawab dunia dan akhirat manusia dari dipersoalakan oleh Tuhan diakhirat nanti.
 
Perbezaan kelima
Dalam khums dan zakat, matlamat penerima adalah untuk membesar dan menyucikan manusia, dan matlamat pembayar adalah untuk dekat dengan Allah.

Khums diambil daripada lebihan perbelanjaan tahunan, tetapi cukai diambil daripada pendapatan asas rakyat.

*Diambil daripada buku «خمس» "Khums", yang ditulis oleh Muhsin Qaraati.

tanda nama: Khumus dalam Islam
captcha