IQNA

Dengan Kehadian Setiausaha Majlis Tertinggi Revolusi Kebudayaan

Perasmian Bahasa Ke-20 Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa

8:35 - August 11, 2021
Berita ID: 3100012
TEHRAN, (IQNA): Laman Bahasa Melayu International Quran News Agency (IQNA) yang merupakan laman bahasa ke-20 yang ditawarkan oleh agensi media ini telah dirasmikan oleh Hujjatul Islam Ameli, Setiausaha Majlis Tertinggi Revolusi Kebudayaan.

Dengan Kehadian Setiausaha Majlis Tertinggi Revolusi KebudayaanHalaman Bahasa Melayu yang merupakan bahasa asing ke-20 yang ditawarkan oleh IQNA telah dirasmikan bertepatan dengan Hari Memperingati Wartawan yang jatuh pada tanggal 11 Ogos 2021. Majlis pelancaran turut menyaksikan kehadiran Hujjatul Islam Seyed Saeed Reza Ameli, (Setiausaha Majlis Tertinggi Revolusi Kebudayaan), Seyed Hamid Reza Taybi, (Ketua Universiti Jihad) dan Mohammad Hossein Hassani (Ketua Pertubuhan Akademik Al-Quran dan IQNA).

IQNA kini menduduki tempat pertama di negara ini dari segi bilangan bahasa  yang ditawarkan kepada para pembacanya.  Peningkatan medium bahasa di agensi ini dilihat bakal memperluaskan dimensi capaian antarabangsa berita-berita al-Quran yang dalam keadaan sedia ada sedang pesat melihat peningkatan pengunjung ke laman-laman bahasa asing yang disokong oleh agensi ini.

IQNA melihat dirinya memegang tanggungjawab besar dalam menterjemahkan berita ke bahasa-bahasa lain dan percaya bahawa berita berkaitan al-Quran mampu memainkan peranan di dalam menyatukan negara-negara Islam dan kaum muslimin yang berada di belahan dunia yang berbeza-beza, sepertimana Al-Quran itu  sendiri juga dikenali  sebagai ‘hablul matin’ (tali yang kukuh) buat mereka.

 

Pelancaran laman bahasa asing di IQNA dilaksanakan oleh para ahli dan kelak pengumuman berkaitan keperluan para pengguna dan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara-negara lain akan segera dilakukan.

Bahasa Melayu adalah sebahagian daripada keluarga bahasa Austronesia yang dituturkan oleh sekitar 290 juta orang. Pengguna bahasa tersebut kebanyakannya berasal dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan sebahagian kecil daripada warga Thailand.

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa penduduk Selat Melaka yang merangkumi Semenanjung Malaysia dan kawasan pantai timur Sumatera di Indonesia. Bahasa ini juga digunakan sebagai bahasa ibunda di barat Sarawak dan Kalimantan yang mana kedua-duanya terletak di Borneo. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa perdagangan di beberapa wilayah di Filipina, terutama kepulauan Solo dan Palawan.

Dengan pelancaran bahasa Melayu, IQNA telah berjaya menerbitkan berita-berita dalam 20 bahasa yang berbeza-beza. Setakat ini (sebelum pelancaran bahasa Melayu) IQNA telahpun beroperasi dalam menerbit dan menyebarkan berita berkaitan Al-Quran di dalam 19 bahasa hidup di dunia termasuk: Parsi, Arab, Inggeris, Perancis, Urdu, Itali, Mandarin, Rusia, Sepanyol, Bengali, Hussa, Pashto, Hindi, Turki, Swahili , Azeri, Indonesia, Filipina dan Jerman yang mana akhbar-akhbar itu disiarkan setiap hari di media ini.

captcha