IQNA

7:50 - January 21, 2022
Berita ID: 3100670
TEHRAN (IQNA) - Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh selepas berhimpit-himpit dalam satu acara keagamaan di pinggir bandar Monrovia, Liberia, kata polis, hari ini.

Kejadian itu berkemungkinan berlaku semalaman, sama ada lewat Rabu atau awal pagi Khamis, lapor media tempatan.

Jurucakap polis, Moses Carter, berkata jumlah kematian yang dilaporkan itu adalah anggaran awal dan mungkin jumlahnya meningkat.

"Butiran mengenai acara itu masih tidak jelas. Media tempatan melaporkan perhimpunan itu adalah acara agama Kristian - dikenali di Liberia sebagai 'perjuangan' - diadakan di padang bola sepak.

Saksi Emmanuel Gray, 26, memberitahu AFP dia mendengar 'bunyi kuat' pada penghujung acara dan melihat beberapa mayat.

"Doktor menyatakan 29 orang meninggal dunia dan ada yang berada dalam senarai kritikal. Ini adalah hari yang menyedihkan bagi negara," kata Timbalan Menteri Penerangan, Jalawah Tonpo, namun tidak menyatakan apa yang menyebabkan rempuhan itu.

"Presiden George Weah dijangka melawat tapak itu pada petang ini, " kata pejabat medianya.

Liberia, republik tertua di Afrika, ialah sebuah negara miskin yang masih belum pulih sepenuhnya selepas perang saudara berturut-turut antara 1989-2003, serta wabak Ebola Afrika Barat 2014-2016.

bharian.com

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: