Laporan IQNA; Agensi berita ini telah menemubual dua hakim luar negara Republik Islam Iran (RII) bagi pertandingan ini, butirannya adalah seperti berikut.
Abrar Hussain Irfani, seorang guru Al-Quran terkemuka dan pengarah Persatuan Al-Quran Madinah Pakistan dan sebagai juri bidang Nada suara Pertandingan Al-Quran Antarabangsa RII ke-38, dalam temubual dengan IQNA, sambil menekankan tahap tinggi pertandingan ini, walaupun tidak secara hadir bersemuka, berkata: bahawa dengan alasan masa berjangkit Corona di dunia, telah membatalkan pertandingan serupa di beberapa negara lain, tetapi di RII pertandingan ini telah diadakan, dan ini adalah titik positif untuk mempromosikan budaya Al-Quran.
Beliau memuji kehadiran kumpulan berbeza dalam pertandingan ini, termasuk pelajar, intelektual, wanita dan kepelbagaian dalam bidang, dan berkata: "Ini adalah perkara yang sangat positif kerana bukannya pertandingan terhad kepada orang tertentu dari segi umur dan kedudukan, namun daripada pelbagai kumpulan." Mereka mengambil bahagian di dalamnya."
Sarjana Tilawah dan Hafazan Al-Quran Pakistan menganggap sangat wajar diadakan peringkat akhir pertandingan ini pada masa yang sama dengan Hari besar Islam Mab'ath, kebangkitan Kenabian Baginda Muhammad (SAW) dan berkata: "Pemilihan hari ini adalah tepat selera yang baik dari penganjur pertandingan ini sebab Nuzulul Quran berentap bersama Hari Pengangkatan Kenabian sekaligus adalah titik karunia kasih-sayang kepada perpaduan umat Islam sedunia dalam naungan Al-Quran."
Abrar Hussain Irfani menegaskan pada akhirnya: Al-Quran meminta kita untuk persaudaraan, ketakwaan dan keadilan, dan pertandingan ini adalah peluang untuk menunjukkan perpaduan Islam kepada dunia.
Wakil Afghanistan, Pakistan dan Indonesia juga mendapat bacaan yang baik di kalangan peserta.
Menurut laporan IQNA, Abdul Kabir Heidari, seorang pengadil dalam bidang Tajwid dari Afghanistan, adalah seorang lagi hakim di Pertandingan Al-Quran Antarabangsa RII, yang menjawab soalan IQNA.
Heidari menjelaskan tentang mengadakan pertandingan ini dalam bayang-bayang wabak Corona: "Saya gembira berada di bahagian Tajwid sebagai pengadil dan ini adalah peluang yang baik untuk saya."
Pada pendapat saya, negara-negara Islam harus menyertai pertandingan sebegini, sama ada dalam talian dan secara bersemuka, demi meningkatkan perpaduan dan empati di kalangan umat Islam.
Beliau menganggap masalah kualiti fail rakaman pembaca dan kesannya terhadap markah peserta sebagai salah satu perkara negatif dan berkata: "Beberapa masalah diperhatikan dan oleh itu dalam beberapa bahagian kami meminta peserta menyerahkan semula fail bacaannya."
Heidari akhirnya menyatakan: "Memandangkan keperluan masyarakat Islam untuk mengadakan pertandingan seperti itu, mengadakan pertandingan ini dalam apa cara sekalipun (maya atau secara bersemuka) adalah untuk kepentingan umat Islam dan kapasiti dan platform yang sesuai untuk menunjukkan perpaduan dan penyebaran Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan umat Islam di seluruh dunia."
4040383