IQNA

Mengharapkan keadilan di akhir zaman dengan beriman kepada "Mahdi"

8:29 - March 18, 2022
Berita ID: 3100886
TEHRAN (IQNA) - Pertengahan Sya'ban adalah hari lahir orang yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Quran dan sabda Nabi (SAW) untuk muncul dan mencapai keamanan dan keadilan dunia; Menurut penganalisis, ini adalah salah satu tonggak utama untuk mengekalkan harapan untuk masa depan dunia di kalangan umat Islam bahkan umat manusia yang ditindas oleh penzalim.

Laporan IQNA; Akhir Zaman adalah masa dalam kesusasteraan agama global yang bermaksud akhirnya zaman manusia, yang mempunyai ciri-ciri umum. Agama telah menggambarkan ciri-ciri yang dijanjikan dengan cara yang istimewa, yang menghasilkan lebih banyak harapan bagi umat manusia.

Pemerintahan orang Soleh di bumi

Dalam beberapa ayat, Al-Quran merujuk kepada subjek Akhir Zaman - آخرالزمان - dan menggambarkan ciri-ciri zaman itu: Tafsiran lain, dirujuk oleh Ayat «مستضعفین» -"Orang-orang yang tertindas" / Yang dilemahkan - tersebut dalam ayat berikut:

« وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ»

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Zabur - Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz - : "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".(Qs, Al-Anbiyaa' 21:105)

Kemenangan Gerakan kebangkitan melawan pelaku kezaliman pada zaman itu diperuntukkan kepada orang-orang Soleh dari kalangan kaum "Mustadhafin"- demikian telah dimaklumkan dalam ayat berikut:

«وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ»

"Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)." (Qs, Al-Qasas 28:5)

Maksud dari pada kaum "Mustadhafin" dalam ayat itu ialah mereka yang telah dilemahkan oleh orang-orang yang zalim - penindas - ; dan mereka sendiri tidak mempunyai peranan dalam perlakuan zalim ini dan mereka tidak membiarkan diri mereka dizalimi namun mereka malah sentiasa berusaha membebaskan diri daripada belenggu penindas.

Siapakah pemimpin dan pembawa bendera gerakan ini dalam Islam?

"Mahdi" adalah nama yang dijanjikan yang diharapkan umat Islam suatu hari nanti untuk menegakkan keamanan dan keadilan dunia serta menyampaikan risalah rahmat Allah di dunia, yang juga telah digunakan untuknya melalui ayat Al-Quran:

«بَقِيَّةُ اللّهِ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ وَمَا أَنَاْ عَلَيْكُم بِحَفِيظٍ»

" Baqiatullah (Kepemimpinan Ilahi) lebih baik bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu". (Qs, Hud 11:86)

Semua mazhab Islam bersetuju dengan alasan yang sah untuk ayat dan riwayat yang banyak dan pasti dan terpercaya bahawa "Mahdi" adalah manusia yang layak daripada keturunan Fatimah Zahra (as), puteri Rasulullah (SAW).

Diriwayatkan daripada Nabi Islam (SAW) bahawa: "Mahdi adalah seorang lelaki dari keturunanku. Warna tubuhnya adalah warna bangsa Arab dan tubuhnya seperti tubuh Bani Israil, di pipi kanannya terdapat tanda seperti bintang bercahaya, memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman, maka penduduk bumi, langit dan burung-burung di udara akan gembira dengan kekhalifahannya."

Kepastian kemunculan hak

Menurut sebuah riwayat, Mahdi, anak Hassan, dilahirkan di Samarra pada pertengahan bulan Sya'ban pada tahun 255 Hijrah (869 tahun Masihi), dan untuk melindungi dirinya dari bahaya dendam oleh orang-orang yang berbuat jahat, dia ghaib / tiada atas perintah dan kehendak Allah (SWT).

Ketiadaan ini berlaku dalam dua tempoh; singkat dan panjang, dalam tempoh pertama (singkat), berlangsung kira-kira 69 tahun dan berhubung dengan orang-orang yang beriman melalui empat orang perantara atau wakil, dan menyampaikan perintah dan  anjuran ibadah dan urusan sosial melalui mereka.

Ketiadaan / keghaiban yang lebih lama (panjang) telah bermula sejak 329 Hijrah (941 tahun Masihi) dan berterusan hingga ke hari ini. Akan tetapi, para mufassir Al-Quran, merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran, menganggap kemunculan dan permulaan perjuangan oleh beliau adalah pasti: seperti ayat berikut:

«هُوَ الّذی أرسَلَ رَسُولَهُ بِالهُدی ودینِ الحَقّ لِیُظهِرَهُ عَلَی الدّین کلِّهِ ولوکَرِهَ المُشرِکوُن»

"Dia lah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." (Qs,At-Taubah 9:33)

Harapan dan pergerakan

Konsep ini yang dianggap penting dalam pelbagai pemikiran mazhab Islam adalah salah satu asas harapan masa depan yang di sebalik penggalakan rasuah, memaharajalelanya keroskan moral dan kemusnahan di dunia, pasti akan tiba kemenangan terakhir dengan berkuasanya kebaikan dan realisasi keadilan dibawah kepimpinan orang-orang soleh.

Dimensi keadilan ini telah diperkenalkan dalam riwayat yang banyak bahawa dia yang ghaib mewakili semua manusia.

Tetapi perkara yang menarik mengenai Akhiru Zaman bukan sahaja penuh harapan, sebaliknya, ia memaksa pendengarnya kepada sejenis pergerakan yang boleh dicapai melalui pembaharuan, dialog, dan kesetiaan kepada piawaian keadilan, kerana "Mahdi" tidak akan hadir sehingga hari ketika sekumpulan orang yang paling suci dalam keikhlasan bersedia membantunya dan di samping berminat dengan cita-cita ini, berusaha untuk matlamat itu dan mempersiapkan keperluan asas kemunculannya. Dan hal inilah yang sedang berlaku bagi kelompok bangsa dan negara yang beriman kepada perkara ghaib Al-Mahdi - Semoga Allah (SWT) mempercepat kezduhuran beliau as -.

captcha