IQNA

Jaga agama dan jaga diri; Sebagai ciri orang bertaqwa dalam Al-Quran

4:57 - August 16, 2022
Berita ID: 3101380
TEHRAN (IQNA) - Muhammad Ali Ansari, ketika mengulas ayat; «هَذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ» "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah)". (Qs, Qaaf 50:32). Jelas beliau, menurut ayat Al-Quran, orang yang bertaqwa adalah penjaga agama dan diri mereka.

Laporan IQNA; Muhammad Ali Ansari, pengulas Al-Quran meneruskan tafsiran Surah Qaaf - "سورة "ق - di sesi dalam talian, ringkasannya boleh anda baca di bawah;

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ هَذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ

"Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka)* (Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);*"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat". (Qs, Qaaf 50:31 - 33).

Sebelum ini, disebutkan keadaan golongan manusia penjenayah yang layak masuk neraka pada hari kiamat dan kami meneliti enam gelaran jenayah yang menjadi punca terjerumus ke dalam neraka. telahpun dibentangkan pada sesi yang lalu.

Sebaliknya, Al-Quran juga menjelaskan golongan manusia yang layak masuk syurga; bahawa syurga mendekati orang-orang yang bertaqwa.

Empat ciri orang bertaqwa dalam Al-Quran:

Pertama; «أَوَّابٍ» - "awaabin"- Sentiasa kembali kepada Allah; Syurga dijanjikan kepada setiap "Awaab".

Kata adjektif "أَوَّابٍ" bermaksud seseorang yang sentiasa merujuk kepada destinasi akhir. Maka "Awaab" ialah seseorang yang sentiasa mengatur jalan hidup sedemikian rupa sehingga kembali kepada Tuhan dan meyakini tujuan hidupnya telah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Esa yang harus ditempuhinya.

Ciri kedua; "حَفِيظٍ - Hafiiz" bermaksud seseorang yang menjaga dengan kuat dan berterusan.

Menjaga dari apa?

Terdapat dua perkara penjagaan seseorang dalam firman ilahi;
Penjagaan pertama ialah pemeliharaan diri, contohnya adalah pemeliharaan naluri seksual.

Pemeliharaan diri bermaksud seseorang itu mempunyai keupayaan untuk mengawal keinginan diri untuk tidak terjerumus dalah dosa.

Jiwa manusia mesti dididik dan dimurnikan, sebaliknya jika dibiarkan, ia mengundang ke arah keburukan dan kekotoran dosa.

Jika seseorang ingin menempuh jalan kebahagiaan dan kesempurnaan, dia mesti memahami sepenuhnya ego ini, yang merupakan khazanah besar dalam kewujudan manusia, dan mengetahui kemudaratan dan keistimewaannya.

Penjagaan kedua ialah pemeliharaan agama.

Hubungan kita dengan Allah adalah dua hala atau hubungan kita dengan agama Allah adalah dua hala, iaitu Allah sebagai Pelindung manusia dan manusia juga bertugas pelindung aspirasi Allah dalam kehidupan manusia.

Dalam faktor dan komponen agama, hubungan dua hala yang sama juga dibangkitkan.

Sebagai contoh, kata "jaga" juga digunakan oleh Al-Quran untuk "solat", yang menyatakan maksud yang sama:

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

"Dan mereka yang tetap menjaga solatnya". (Qs, Al-Mu'minuun 23:9).

Dan orang-orang yang menjaga solat mereka bermaksud orang beriman melindungi dan memelihara solat mereka sendiri, menjaga adab, syarat, kehadiran, mood dan waktu solat.

Sebaliknya, solat melindungi pendiri atau pelaku solat daripada maksiat dan kemungkaran serta mengajak pada perkara baik dan makruuf, seberapapun kuasa pendirinya menjaga solat seukuran itu juga solat menjaganya, solat melindungi kita pada tahap yang sama dengan kita menjaga solat.

Keseluruhan agama ialah seluruh jalan yang memelihara kita. Jika kita berada di atas landasan agama, agama akan melindungi kita daripada kesilapan dan dosa. Sebagai contoh, dalam ekonomi, agama mejaga kita dari makan yang haram, dalam politik, ia melindungi daripada kezaliman dan rasuah, dll.

Oleh itu, agama melindungi kita, tetapi keperluannya ialah kita juga menjaga dan melindungi agama.

Bagaimana agama boleh dipelihara, dijaga dan dilindungi?

Kita mempunyai dua cara pemuliharaan; pemuliharaan saintifik dan pemuliharaan praktikal.

Menjaga agama secara saintifik ialah mengkaji dan cuba memahami semua aspek agama.

Menjaga Agama secara praktikal bermaksud bahawa dalam kedudukan bertindak, apabila agama Allah diserang dan musuh cuba menghancurkan agama, kita harus bangkit dan memperjuangkan agama Allah.

Nama:
Email:
* komen:
captcha