IQNA

Menteri Hal Ehwal Agama Malaysia dalam temu bual dengan IQNA:

Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Malaysia Penjelma perpaduan dan keutuhan umat Islam

6:28 - October 24, 2022
Berita ID: 3101711
TEHRAN (IQNA) - Datuk Idris bin Ahmad berkata: Selepas berehat selama dua tahun akibat sekatan virus Corona, Kementerian Hal Ehwal Agama Malaysia sekali lagi menyaksikan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran tertua di dunia, yang diadakan setiap tahun dengan penekanan dalam memelihara perpaduan, penjelmaan kesatuan dan keutuhan umat Islam di bawah payung Al-Quran.

Laporan IQNA; Datuk Idris bin Ahmad, Menteri Hal Ehwal Agama Malaysia, di luar majlis pertandingan Al-Quran antarabangsa negara ini, dalam wawancara dengan wartawan IQNA di Kuala Lumpur, berkata: “Tahun ini, Kementerian Hal Ehwal Agama Malaysia memutuskan untuk mengeluarkan bidang hafazan daripada bahagian pertandingan Al-Quran antarabangsa ke 62 ini. Satu sesi telah berjaya diselesaikan, dalam bidang bacaan, sebagai mengambil kira sekatan yang disebabkan oleh Corona, risiko kesihatan tetamu kami kurangkan dalam tempoh pertandingan ini."

Beliau juga Menegaskan bahawa sejak enam bulan lalu, Kementerian Hal Ehwal Agama Malaysia telah menganjurkan pusingan pertandingan ini dengan penuh kesungguhan, beliau menjelaskan: Tahun ini, lebih daripada tiga puluh negara telah dijemput untuk menyertai pusingan pertandingan ini, dan pada masa ini 21 wakil negara telah muncul dalam pertandingan tersebut.

Menteri Hal Ehwal Agama Malaysia meneruskan dengan menekankan keperluan memelihara nilai-nilai Islam seperti perpaduan dan kesefahaman Islam dan menyatakan: Kami sentiasa berusaha mengumpulkan umat Islam dari seluruh dunia di bawah payung Al-Quran dengan mengadakan pertandingan-pertandingan seperti ini dan menjauhi ekstremisme, untuk menggambarkan Islam dan umat Islam yang sebenar.

مسابقات بین‌المللی قرآن مالزی تجسم وحدت و یکپارچگی مسلمانان استDatuk Idris bin Ahmad seterusnya mengucapkan terima kasih kepada kehadiran pasukan berita IQNA dalam pertandingan Al-Quran antarabangsa ke-62 negara ini, atas usaha media ini untuk memaklumkan dan menghasilkan kandungan Al-Quran berteraskan kesederhanaan dan keseimbangan dalam pelbagai bahasa dunia, termasuk bahasa Melayu, dan atas usaha perundingan kebudayaan Iran di Malaysia, beliau menghargai penyertaan pihak pejabat perundingan kebudayaan Republik Islam Iran dalam program Al-Quran negara ini.

4093692

captcha