IQNA

Apa kata Al-Quran / 34

Tuhan tidak menyukai kumpulan ekstremis

5:53 - November 14, 2022
Berita ID: 3101801
TEHRAN (IQNA) - Dalam beberapa ayat Al-Quran, amaran diberikan kepada perceroboh, kumpulan melampau dan tidak adil, salah satu daripada ayat ini adalah: إِنَّ اللَّهَ لا یُحِبُّ الْمُعْتَدِینَ "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh." (Qs, Al-Baqarah 2:190).

Laporan IQNA; Setiap masyarakat mempunyai kumpulan yang berbeza mengikut budaya, ritual dan sejarahnya, yang menunjukkan tingkah laku yang berbeza. Salah satu pertunjukkan tingkah laku ini adalah semasa konflik dan pertengkaran antara kumpulan yang berbeza.

Menilai tingkah laku ekstremis seseorang atau kumpulan secara rasional ditujukan kepada orang yang memulakan keganasan atau konflik, tetapi orang yang mempertahankan diri dari serangan keganasan dan lain-lain konflik, selain tidak dikategorikan sebagai kelompok ekstremis juga mempunyai komplikasi dari sudut moral dan agama dan Al-Quran telah bercakap dengan jelas tentang perkara ini:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh - ekstremis." (Qs, Al-Baqarah 2:190).

Ayat ini adalah ayat pertama yang diturunkan tentang peperangan dengan musuh-musuh Islam, dan setelah turun ayat ini, Rasulullah SAW berperang dengan orang-orang yang datang untuk berperang - memulai serang kepada umat Islam - dan Baginda (SAW) menahan diri dari orang-orang yang tidak berperang, dan ini berterusan hingga turun ayat:

فَاِذَا انْسَلَخَ الْاَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِيْنَ حَيْثُ وَجَدْتُّمُوْهُمْ وَخُذُوْهُمْ وَاحْصُرُوْهُمْ وَاقْعُدُوْا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍۚ فَاِنْ تَابُوْا وَاَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتَوُا الزَّكٰوةَ فَخَلُّوْا سَبِيْلَهُمْۗ اِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

"Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka perangilah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Qs, At-Taubah 9:5).

Bermakna telah diturunkan keizinan untuk berperang dengan semua orang musyrik Makkah (di zaman Baginda SAW) yang awal melakukan pencerobohan atas umat Islam. Pasukan Nabi SAW diperintahkan boleh serang balik kepada kaum musyrik itu sehingga mereka bertaubat.

Ayat ini turun setelah umat Islam telah diserang oleh kaum musyrikin - kaum musyrikin telah memulakan peperangan atas umat Islam - dan umat Islam telah mengalami kerugian nyawa, harta, hasil pertanian dan tempat kehidupan mereka dirampas dan dimusnahkan oleh pemusuh umat Islam itu.

Penulis kitab tafsir Amtsal telah mengemukakan beberapa perkara tertentu tentang ayat ini. Dalam ayat Al-Quran ini, mengeluarkan perintah untuk memerangi dan melawan orang-orang yang menghunus pedang terhadap orang Islam, dengan berkata:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ

"Perangilah orang yang memerangi kamu di jalan Allah."

Ungkapan; فِي سَبِيلِ اللَّهِ - menjelaskan matlamat utama peperangan Islam bahawa peperangan dalam logik Islam bukanlah untuk membalas dendam, cita-cita atau penaklukan negara atau untuk mendapatkan pampasan - ghanimah.

Matlamat yang sama mempengaruhi semua dimensi peperangan, kuantiti dan kualiti peperangan, jenis senjata, strategik serang, cara memperlakukan orang tawanan dll mesti berwarna فِي سَبِيلِ اللَّهِ "di jalan Allah" - berkeadilan.

Al-Quran menasihati untuk menegakkan keadilan, walaupun di medan perang dan menentang musuh, dengan mengatakan: وَ لا تَعْتَدُوا - dan janganlah kamu menceroboh - berlaku melampaui batas - ekstremis, sama ada tidak memulakan peperangan dan apabila membela diri atau melakukan serangan balik, juga tetap tidak diperbolehkan secara melampaui batas dari penjagaan diri untuk tetap diatas jalan Allah yang adil.

إِنَّ اللَّهَ لا یُحِبُّ الْمُعْتَدِینَ

"Kerana Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas - zalim - ekstremis".

Apabila perang ikhlas dibuat kerana Tuhan dan di jalan Tuhan, tentu tidak boleh ada keterlaluan dan pencerobohan atau ekstremis di dalamnya, inilah sebab mengapa dalam peperangan Islam era Nabi (SAW) - tidak seperti peperangan zaman kita - adalah disyorkan untuk mematuhi banyak prinsip moral. Sebagai contoh, tidak berperang dengan orang yang meletakkan senjata, dan mereka yang hilang keupayaan untuk berperang, atau yang tidak mempunyai kuasa untuk berperang, seperti yang cedera, lelaki tua, wanita dan kanak-kanak, demikian juga tidak boleh merosakkan taman, tumbuhan dan infrastruktur tidak boleh dimusnahkan, dan bahan toksik tidak boleh digunakan untuk meracuni air minuman musuh (peperangan kimia dan biologi diharamkan dalam Islam).

Dalam Tafsir Noor, Muhsen Qaraati telah menyatakan beberapa mesej menarik dari ayat ini:
1. Pertahanan dan konfrontasi seimbang adalah hak asasi manusia. Jika seseorang menyerang kita, kita akan melawannya juga.

«قاتِلُوا ... الَّذِينَ يُقاتِلُونَكُمْ»

"Berlawanlah - perangi balik... mereka yang melawan - memulai memerangi kamu".

2. Tujuan peperangan dalam Islam bukanlah untuk mengambil tanah dan air atau penjajahan dan membalas dendam, tetapi tujuannya adalah untuk mempertahankan hak dengan membuang arus yang rosak dan membebaskan pemikiran serta menyelamatkan manusia daripada khurafat - ini disebut tujuan perang "Di jalan Allah" - «فِي سَبِيلِ اللَّهِ» .

3. Keadilan dan kebenaran mesti dipatuhi walaupun dalam peperangan - «قاتِلُوا ... لا تَعْتَدُوا». Al-Quran telah berkali-kali memerintahkan berlaku adil dengan kalimah «لاتعتدوا» - jangan melampau - bahawa dalam melaksanakan apa-apa perintah tidak boleh melampaui batas dan tidak boleh menceroboh.

4. Penindasan dan penentangan terhadap agama Allah - melakukan pencerobohan dan ekstremis menjadi sebab akan putusnya tali cinta Allah.

«إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ»

"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang ekstremis - pelampau batas - penceroboh - zalim".

5. Hanya hadir di medan perang tidak mendekatkan kita kepada Allah - tidak menyebabkan kecintaan Allah, tetapi disayangi Allah apabila kita berlaku adil dalam peperangan dan menghormati hak orang lain walau orang itu lawan atau musuh kita.

«لا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ»

"Jangan (memulai) menyerang, kerana Allah tidak menyukai penyerang (pemula perang)"

6. Dalam peperangan, matlamat hendaklah hanya Tuhan - ikhlas kerana Allah - «فِي سَبِيلِ اللَّهِ», bukan kerana keinginan nafsaniah, asabiyah, ghanimah - pampasan perang, riak - kemunafikan, dll.

7. Walaupun dalam mempertahankan hak semulajadi diri - hak asasi, seseorang harus menganggap tujuan tetap kepada Tuhan. Walaupun mereka memulakan perang melawan anda dan anda perlu bertahan, tetapi perang pertahanan anda itu juga mesti diniatkan "di atas jalan Allah".

captcha