IQNA

Apa kata Al-Quran / 41

Keadilan pemimpin, sumber ketauladanan masyarakat

5:20 - December 19, 2022
Berita ID: 3101962
TEHRAN (IQNA) - Dalam budaya atau kamus istilahi Islam, "Keadilan" «عدل» -Adl bermaksud menghormati hak orang lain, yang digunakan untuk lawan perkataan "penindasan" «ظلم» Dzulm dan "pelanggaran" «تجاوز» - Tajawuz atau melampaui batas syariah, moral dan etika, dan makna terperinci "Keadilan" adalah "meletakkan segala-galanya pada tempatnya atau melakukan segala-galanya secara betul." Keadilan sangat penting sehinggakan sesetengah golongan agamawan menganggapnya sebagai salah satu prinsip atau usul agama atau rukun iman.

Laporan IQNA; Manusia berkumpul dan bersatu berdasarkan kepentingan bersama dan keperluan bersama dan membentuk masyarakat. Tetapi untuk mendapatkan kehidupan yang sihat dalam masyarakat ini, mereka memerlukan hubungan yang sama rata dan adil.

Keadilan adalah salah satu prinsip asas yang bergantung kepada ketekalan dan kestabilan masyarakat. Perhatikan ayat ini:

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim." (Qs, Al-Baqarah 2:124).

Sekurang-kurangnya dua bahagian ayat ini patut diberi perhatian: bahagian pertama, yang merujuk kepada "kepimpinan"«امامة» Nabi Ibrahim (as) dan bahagian kedua, penekanan Allah SWT untuk pengiringan berterusan "kepimpinan" «امامة» dengan "keadilan" «عدالة» (supaya mengelakkan dari kezdaliman).

Telah dibahas mengenai kedudukan “imamah” «امامة» dalam ayat ini dan apa kaitannya dengan kedudukan “nubuatan” «نبوة». Sekarang persoalannya, apakah ciri asas seorang Imam?

Dalam perenggan kedua ayat ini, hanya satu sifat Imam yang telah dinyatakan, sudah tentu ciri-ciri Imam tidak terhad kepada yang ini sahaja, tetapi boleh dikatakan bahawa ciri yang paling penting dan utama telah dinyatakan dalam ayat ini.

Hazrat Ibrahim (as) adalah satu-satunya nabi yang juga orang; musyrik, Yahudi, dan Nasrani menganggap diri mereka mengikutinya.

Dalam ayat ini, sebagai mengagungkan hazrat Ibrahim (as), secara tidak langsung memberitahu semua orang bahawa jika kamu benar-benar menerimanya, hentikan syirik dan tunduk kepada perintah Allah seperti layaknya hazrat Ibrahim (as) yang memegang teguh prinsip Tauhid.

Ayat ini merupakan salah satu ayat yang menjadi asas kepada pemikiran dan kepercayaan mazhab Islam Ja'fari atau mazhab Imamiah (Syiah istna asyari (شیعة اثنی عشری) - pengikut kepimpinan 12 Imam Maksum Ahlulbait Nubuah hazrat Nabi Muhammad SAW hingga hari Kiamat) yang mempunyai prinsip kepercayaan kepada Tauhid, Nubuah, Hari kebangkitan kembali setelah kematian (معاد - Ma'ad), imamah dan keadilan; bahawa imam mestilah tidak bersalah - terjaga dari segala dosa dan kesalahan - maksum (معصوم). Adapun orang zalim tidak akan mencapai kedudukan sebagai imam.

Penulis kitab tafsiran Al-Quran - Amthal mengatakan satu perkara yang menarik tentang ayat ini adalah bahawa ayat ini telah menyebut kedudukan Imamah dengan frasa «عَهْدِي» "Ahdee" janjiku (Allah SWT), yang menunjukkan satu aspek tradisi ketuhanan yang dinyatakan dalam ayat 40 Surah Al-Baqarah.

وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

"Dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain)." (Qs, Al-Baqarah 2:40).

Maksudnya, jika kamu setia kepada imam yang aku lantik dan taat, aku juga akan setia dengan sokongan dan pertolongan yang aku janjikan. Tradisi ketuhanan ini menekankan betapa pentingnya ketaatan masyarakat terhadap  pemimpin yang adil dan kepimpinan yang ditetapkan oleh Allah SWT sebagai Imam maksum untuk memimpin mereka.

Mesej bahagian kedua ayat dalam kitab Tafsir Noor:
1. Asal usul Imamah bukanlah warisan, ia adalah anugerah yang dibuktikan dengan kemenangan dalam ujian ketuhanan. «فَأَتَمَّهُنَّ» - Setelah mereka selesaikan ujian dengan baik.

2. Imamah adalah perjanjian ilahi antara Tuhan dan manusia. «عَهْدِي» JanjiKu.

3. Salah satu syarat kepimpinan yang paling penting ialah keadilan. Sesiapa yang mempunyai sejarah kesyirikan dan kezaliman tidak layak menjadi Imamah. «لا يَنالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ» - "tidak akan dicapai janjiKu ini oleh mereka yang zalim"

Berita Berkaitan
captcha