IQNA

Apa kata Al-Quran / 40

Maqam para nabi; Daripada menerima wahyu kepada kepimpinan masyarakat

6:51 - December 13, 2022
Berita ID: 3101936
TEHRAN (IQNA) - Terdapat tiga maqam atau kedudukan yang setiap nabi ilahi telah mencapai satu, dua atau ketiga-tiganya dan mereka telah diberikan tugas yang sepadan dengan kedudukan itu. Memberi perhatian pada tiga maqam ini membantu kita memahami dan menganalisis tingkah laku dan maqam setiap para nabi (as) semasa kehidupan mereka.

Laporan IQNA; Hazrat Ibrahim (as) mempunyai kedudukan dan martabat yang istimewa di kalangan para nabi. Namanya disebut dalam 25 surah Al-Quran dan diulang 69 kali, dan beliau disebut sebagai model manusia seperti Nabi Muhammad (SAW). Beliau memerangi penyelewengan dan syirik dalam pelbagai bidang dengan menggunakan akal. Ujian besar yang dilaluinya menyebabkan Allah melantiknya ke maqam Imamah «مقام الإمامة» :

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim." (Qs, Al-Baqarah 2:124).

Sekurang-kurangnya dua bahagian ayat ini patut diberi perhatian: bahagian pertama, yang merujuk kepada "kepimpinan - «إمامة»" nabi Ibrahim (as), dan bahagian kedua, penekanan berterusan Tuhan supaya "kepimpinan" dan "keadilan" «عدالة» sentiasa berseiringan untuk mengelakkan ketidakadilan.

Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan maqam "imamah" dalam ayat ini dan apakah hubungannya dengan maqam «نبوة» "nubuatan"?

Jawapan kepada soalan pertama menunjukkan bahawa setiap nabi, dengan melalui usaha dan ujian Ilahi, telah mencapai kedudukan khas yang istimewa, salah satu dari maqam khas dan istimewa itu adalah maqam "Imamah".

Dalam kitab tafsir Amthal kita membaca: Kedudukan kenabian "nubuatan" dikatakan sebagai kedudukan seseorang yang menerima wahyu daripada Tuhan, dan oleh itu "nabi" «نبی» adalah seseorang yang kepadanya wahyu ilahi diturunkan, yang berakar kata naba'  نبأ (خبر) - bermaksud berita - Nabi - penerima berita dari Tuhan.

Adapun maqam kerasulan «مقام الرسالة» Kedudukan "misi - risalah" adalah kedudukan lain di mana nabi diwajibkan untuk menyampaikan dan menyebarkan wahyu yang diterimanya, menerbitkan ketetapan Tuhan, dan mendidik umat atau masyarakat berdasarkan konsep risalah pendidikan dan kesedaran yang diterimanya dari Tuhan. Oleh itu «رسول» Rasul “Utusan” ialah seseorang yang berkewajipan melakukan usaha dalam bidang misinya, dan memperjuangkan revolusi ideologi, intelektual dan budaya.

Tetapi jawatan atau kedudukan "imamah" bermaksud kepimpinan rakyat dalam segala institusinya. Oleh itu "Imam" «امام» adalah orang yang dengan membentuk kerajaan atau negara ilahi, berusaha melaksanakan undang-undang ketetapan Allah secara praktikal. Dalam erti kata lain, tugas Imam adalah melaksanakan perintah Ilahi, sedangkan tugas Rasul hanyalah menyatakan dan mengajar perintah tersebut.

Maqam Imamah; Evolusi terakhir hazrat Ibraham (as)
Oleh itu dapat difahami Kedudukan Imamah adalah kedudukan yang tinggi bahkan lebih tinggi dari maqam kenabian dan kerasulan, kerana jabatan ini memerlukan banyak kompetensi dalam berbagai bidang, yang mana hazrat Ibrahim (as) memperoleh jabatan ini setelah diuji kompetensinya oleh Allah SWT, dan sesuai dengan ayat-ayat Al-Quran, ini adalah pusingan terakhir perjalanan perjuangan atau evolusi akhir hazrat Ibrahim (as).

Mesej bahagian pertama ayat dalam Tafsir Noor:
1. Nabi juga diuji oleh Allah. «وَ إِذِ ابْتَلى‌ إِبْراهِيمَ» - dan apabila Tuhan menguji Ibrahim.

2. Untuk melantik orang kepada pegawai, pemilihan dan ujian adalah perlu. «إِذِ ابْتَلى‌ إِبْراهِيمَ ... بِكَلِماتٍ» - apabila Ibrahim diuji dengan beberapa kalimat.

4. Jawatan dan tanggungjawab harus diberikan kepada orang secara beransur-ansur dan selepas kejayaan pada setiap peringkat. «فَأَتَمَّهُنَّ ...» setelah ujian selesai.

5. Imamah adalah perlantikan, bukan pemilihan oleh mesyuarat manusia lain. Imam mesti dilantik oleh Allah. «إِنِّي جاعِلُكَ» sungguh Aku melantikmu.

Berita Berkaitan
captcha