IQNA

Pengenalan Tafsir dan Ulama Ahli Tafsir / 8

"Al-Tibyan", Kitab tafsiran lengkap pertama Al-Quran

6:12 - November 22, 2022
Berita ID: 3101835
TEHRAN (IQNA) - Tafsir syarif - pengulasan yang mulia «التبیان فی تفسیر القرآن» "Al-Tibyan fi Tafsiiril-Quran" oleh Syeikh Thusi - شیخ طوسی - adalah Tafsir pertama Al-Quran yang ditulis oleh seorang ulama Islam bermazhab Jaafari (merujuk kepada Imam Ahlulbayt suci kenabian Baginda Rasulillah Muhammad SAW) dan ia berkaitan dengan tafsiran semua Surah dan ayat-ayat Al-Quran dan untuk sebab ini ia mempunyai tempat yang istimewa yang diperuntukkan kepada tafsir yang mulia ini.

Laporan IQNA; Tafsiran Al-Tibyan merangkumi semua jenis ilmu dan teknik Al-Quran, seperti penggunaan; sintaksis, derivasi, makna, ungkapan, hadis, fiqh, teologi dan sejarah.

Muhammad bin Hassan bin Ali bin Hassan - (محمد بن حسن بن علی بن حسن), yang dikenali sebagai Syeikh Tusi dan Syeikh al-Taifah - (شیخ الطائفه), merupakan antara pengkaji Syiah Ahlulbayt Nabi (SAW) yang terkenal dalam bidang hadis dan fiqh.

Tusi datang ke Iraq dari Khorasan pada usia 23 tahun dan menggunakan kehadiran guru seperti Syeikh Mufid dan Syed Murtadha. Khalifah Abbasiyah (Al-Qaim biamarillah), mempercayakan beliau sebagai ketua pengajaran teologi (ilmu Kalam - علوم الکلام) di Baghdad.

Beliau (ra) kemudian pergi ke Najaf dan memulakan pengajaran dan aktiviti saintifiknya di sana. Syeikh dapat mengatur keadaan pendidikan yang huru-hara di Najaf dan mengatur pembelajaran kumpulan belajar. Dan tidak lama kemudian kota Najaf mengambil alih pusat sains dan intelektual Syiah - (مرکزیة علمیة و فکریة التشیع).

Syeikh Tusi adalah salah seorang pemimpin sekolah teologi rasionalistik Baghdad yang meneruskan dan menyempurnakan kaedah para gurunya.

Beliau menyusun dan menulis buku-buku dalam pelbagai bidang ilmu agama dan kerana pengaruh yang ditemuinya dalam masyarakat saintifik Syiah dan melatih ramai pelajar, beliau memberi kesan yang berpanjangan kepada pemikiran ulama Syiah. Ijtihad dan rasionalisme dalam fiqh dan akidah Syiah menjadi kaedah dominan di kalangan Syiah dengan usaha Syeikh Tusi dan menamatkan penguasaan kaedah berasaskan berita - akhbariyuun - ahli hadits yang jumud - selama beberapa abad. Beliau dianggap sebagai pemulung - penghidup kembali ilmu fiqh dan ijtihad dan orang pertama yang membawa ijtihad ke dalam fiqh Syiah.

Kaedah tafsiran Syeikh al-Taifah dalam tafsir "al-Tibyan"
Seperti yang disebutkan di awal, Kitab tafsir al-Tibyan adalah tafsir pertama yang ditulis oleh ulama Syiah, yang merangkumi semua surah Al-Quran.

Tafsiran Syiah sebelum Syeikh Tusi hanya sebatas memetik riwayat untuk tafsiran ayat Al-Quran. Perhatian Syeikh Tusi terhadap pendapat semua ulama, baik Syiah dan Sunni, kritikan dan tinjauan pendapat penafsiran ahli tafsir lain, penggunaan teks kesusasteraan Arab pra-Islam, dan penyampaian maklumat tentang perkataan yang sukar di dalam Al-Quran, perbezaan dalam bacaan, dan isu-isu perundangan, teologi, dan retorik ayat-ayat Al-Quran, termasuk ciri-ciri tafsiran ini.

Merujuk kepada ayat Al-Quran, Syeikh Tusi menganggap Al-Quran sebagai teks yang boleh difahami oleh akal manusia dan tidak menerima tradisi yang menganggap satu-satunya cara untuk memahami Al-Quran ialah merujuk kepada hadis-hadis.

Kaedah Syeikh Tusi dalam karya ini adalah dianggap baru jika dibandingkan dengan tafsiran Syiah sebelum ini dan ia nampaknya merupakan karya tafsir Syiah pertama yang bukan sahaja mengumpulkan tradisi tafsir akhbari, tetapi juga dianalisis, dinilai dan berijtihad.

Tafsiran Syeikh Tusi (ra) dianggap "multi-source" atau "komprehensif" - menyeluruh. Dalam kaedah ini, mufassir menggunakan beberapa sumber tafsir dan dokumen, seperti ayat Al-Quran sendiri (tafsir Quran dengan Quran), juga menggunakan riwayat dan hadis serta menggunakan logik dalam pemahaman tafsirnya, sebagai ciri lain tafsiran al-Tibyan Syeikh Tusi.

Sifat dan susunan kandungan yang berkaitan dengan setiap surah adalah sedemikian rupa sehingga pada awalnya ia membicarakan tentang nama-nama surah itu, sama ada ia tergolong surah Makiyah atau Madaniyah, menjelaskan makna literal perkataan, perbezaan bacaan, titik sintaksis dan retorik, dan kemudian huraian dan tafsiran ayat dan pendapat yang berbeza mengenainya, adalah antara isi kandungan kitab tafsiran al-Tibyan Syeikh Tusi - Allahyarhamhu.

Nama:
Email:
* komen:
captcha