IQNA

Pengenalan Tafsir dan Ulama Ahli Tafsir / 1

Tafsiran; Meleburkan kata untuk mencari makna tersembunyi

7:22 - August 25, 2022
Berita ID: 3101425
TEHRAN (IQNA) - "Tafsir" «تَفْسير» adalah istilah dalam sains Islam yang didedikasikan untuk menerangkan makna ayat-ayat Al-Quran dan mengeistikhraj atau mencungkil, mengeluarkan, menggali dan memperluas ulasan ilmu daripadanya. Istilah kata ini dalam gabungan «علم تفسیر‌» "ilmu tafsir" merujuk kepada salah satu bidang sains Islam yang paling luas, yang subjeknya adalah tafsiran Al-Quran.

Laporan IQNA; Kata akar semantik Arab «فسر» "Fasr" dalam penggunaan tertuanya bermaksud 'lebur', dan dalam penggunaan kemudian, ia digunakan untuk menta'bir atau mentafsir mimpi.
Setiap ayat kecuali untuk kes-kes yang jarang berlaku seperti huruf kursif - حروف مقطعة -, ayat-ayat umum berada dalam situasi di mana makna muncul dalam fikiran daripada penampilan zahirnya. Makna ini yang kita namakan sebagai makna primer atau makna tabaduri -معنای تبادری - muncul atau tercipta berdasarkan ilmu linguistik, adat dan tidak memerlukan sebarang aktiviti perenungan atau berfikir khusus.

Apa yang dinamakan tafsiran ialah penciptaan makna sekunder atau makna tafsiran (non-interpretive - غیر تبادری- Ghairu tabaduri) iaitu hasil pengetahuan atau kemahiran di luar pengetahuan bahasa biasa.

Contoh pertama karya bertajuk "Tafsir Al-Quran"- «تفسیر القرآن» - yang merupakan kompilasi pelbagai sumber dan sintesis antara pandangan tafsiran para Sahabat - صحابة - (sahabat Nabi SAW) dan para pengikut - تابعین - Tabi'in (generasi setelah sahabat Nabi), berkaitan dengan dekad ketiga hingga kelima abad kedua Hijri (antara tahun 770 dan 810 M).

Ciri lain karya jenis ini ialah rakaman idea tafsiran pengarang sambil memetik daripada para Sahabat dan Tabi'in. Karya sebegini boleh dilihat di Iraq, Mekah dan Khorasan. Ketiga-tiga tanah ini adalah kawasan di mana inovasi atau pembaharuan berakar umbi, tetapi pergerakan seperti itu tidak dilihat di kawasan tradisionalis seperti Madinah dan Syam, mereka baru menyertai aliran penulisan tafsir setelah tempoh kemudian.

Berikutan penubuhan sekolah-sekolah penting dalam dunia Islam pada akhir abad ke-4 dan semasa abad ke-5 Hijri (abad ke-10 dan ke-11 Masihi), seperti Jami' Al-Azhar -جامع الازهر -, sekolah Nizdamiyah - مدارس نظامیة - dan berpuluh-puluh sekolah lain, perkembangan penting berlaku dalam sistem pendidikan sains bidang agama dan menjadi satu sistem sekolah tradisional telah ditubuhkan.

Para penulis kitab tafsir daripada pelbagai golongan ulama, termasuk ahli pidato -Ulama Mutakalim -متكلم -, ahli fiqh -فقیه- Faqih , Ulama ahli Hadis- Muhaddith- محدث-, dan Ulama Lughoh - ادیب - Ilmuan ahli bahasa, pada abad ke-5 Hijri (11 M) mengakui hakikat bahawa untuk memahami Al-Quran, seseorang harus mengetepikan - pandangan sempit satu dimensi- sebaliknya mesti memanfaatkan pencapaian pelbagai ilmu dalam memahami Al-Quran.

Semasa abad pertama hingga abad ke-6 Hijri, walaupun tafsiran secara semula jadi berasal dari sumber-sumber tertentu, tetapi tidak ada topik bebas yang dikenal sebagai sumber tafsiran.

Namun abad ke-6 H ialah abad kemerdekaan ilmu tafsir, dan kemerdekaan ini juga membawa keperluan baru kepada pentafsiran baru.

Para Ulama ahli tafsir amat memerlukan ilmu khusus untuk mengatur prinsip, usul dan asas mereka dalam mentafsir ayat-ayat Al-Quran, menghayati pencapaian pelbagai disiplin tafsir abad yang lalu dan menyusunnya dalam struktur yang bersatu dan harmoni.

Langkah pertama ke arah penyusunan qaedah atau pengorganisasian konsep pentafsiran ini adalah pengenalan kaedah pendek dan panjang yang ditulis oleh beberapa Ahli tafsir mengenai tafsiran mereka, dan di dalamnya mereka mengangkat topik dari koleksi bahan yang kemudiannya dipanggil "Ulumul-Quran" - «علوم قرآنی» Ulum Qurani.

captcha