IQNA

Undang-undang pusaka Islam; Manfaat kewangan yang lebih besar untuk wanita

18:12 - June 17, 2023
Berita ID: 3102724
TEHRAN (IQNA) – Salah satu contoh keadilan ialah keseimbangan ekonomi. Undang-undang Pewarisan Al-Quran telah memberi perhatian kepada keperluan individu, dengan sewajarnya, pewarisan dalam Islam adalah berdasarkan keadilan, bukan persamaan.

Muhammad Ali Rezaei Isfahani (محمدعلی رضایی اصفهانی) bercakap tentang isu pewarisan dalam Islam, yang boleh anda baca di bawah:

Sebelum Islam, harta pusaka tidak diberikan kepada wanita dan kanak-kanak, kerana kedua-dua golongan ini tidak berpengaruh dalam peperangan, tetapi selepas Islam, berdasarkan apa yang dinyatakan dalam wahyu ayat ke-7 surah An-Nisa, hukum ini beransur-ansur hilang.

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌۭ مِّمَّا تَرَكَ ٱلْوَٰلِدَانِ وَٱلْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌۭ مِّمَّا تَرَكَ ٱلْوَٰلِدَانِ وَٱلْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ ۚ نَصِيبًۭا مَّفْرُوضًۭا 

"Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)."  (Qs, An-Nisaa' 4:7).

Prinsip pewarisan dalam Islam adalah milik wanita, kerana tafsiran Al-Quran yang tepat ialah:

لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ ٱلْأُنثَيَيْنِ ۚ 
"Bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan." (Qs, An-Nisaa' 4:11)

Bermaksud; yang asalnya dikira ialah bahagian anak perempuan - ukuran pertama pewarisan adalah diperuntukkan kepada anak perempuan, walaupun hasilnya harta pusaka perempuan separuh daripada lelaki.

Pematuhan keadilan adalah untuk keseimbangan ekonomi; dalam undang-undang pusaka Al-Quran, keperluan individu telah diambil kira. Oleh itu, pewarisan dalam Islam adalah berdasarkan keadilan, bukan persamaan. Namun, timbul persoalan, kenapa lelaki mewarisi dua kali ganda berbanding wanita?

Dalam sesetengah kes, pewarisan seorang gadis dan seorang wanita adalah sama dengan seorang lelaki, malah dalam beberapa kes ia adalah beberapa kali lebih banyak. Seperti kes di mana ibu bapa mewarisi satu per enam sama rata (ibu adalah wanita, tetapi sama rata dapat warisan dengan bapa sebagai lelaki). Juga, apabila seseorang meninggal dunia, meninggalkan ahli waris  bapa dan anak perempuannya, maka bapa kekal mewarisi satu perenam sedang anak perempuan mendapat lima per enam dari harta warisan ayahnya.

Pendekatan sistemik terhadap keluarga dan pandangan yang mendalam menunjukkan bahawa pembahagian harta pusaka adalah untuk keadilan dan keseimbangan ekonomi, dan bertentangan dengan orang yang ragu-ragu, wanita itu akhirnya akan mendapat bahagian harta yang lebih besar, kerana wanita itu mewarisi dari satu pihak, lalu juga mendapat mas kahwin, dan mendapat nafkah, dan tidak bertanggungjawab membelanjakan hartanya untuk anak.

Tetapi walaupun lelaki mewarisi dua kali ganda, mereka perlu membayar nafkah wanita, mas kahwin dan nafkah anak.

Dalam hadis-hadis telah dijawab bahawa fungsi harta pusaka anak perempuan adalah untuk menabung yang juga secara rela akan dibelanjakannya untuk keluarga dan anak-anaknya, ini cermin cinta dan ketulusan wanita muslim dan fungsi harta peninggalan bagi anak lelaki adalah untuk menafkahkan sebagai yang diwajibkan oleh Allah, dan dalam pandangan Al-Quran, jika lelaki dan perempuan mendapat pusaka yang sama, wanita akan menjadi kaya dan lelaki akan menjadi miskin dari semasa ke semasa, dan keseimbangan ekonomi dalam masyarakat akan memihak kepada wanita.

Salah satu kesilapan pengkritik undang-undang pusaka dalam Al-Quran ialah mereka keliru antara hukum dan nilai yang tampak dan mereka lupa nilai batin daripada undang-undang pusaka yang menjaga keseimbangan dan keadilan ekonomi umat Islam.

Undang-undang adalah untuk mengatur hubungan sosial antara manusia dalam sesebuah masyarakat dan ia dilakukan mengikut kebijaksanaan, lebih-lebih lagi kebijaksanaan ini dijadikan oleh Allah yang maha arif mutlak, maka perbincangan tentang harta pusaka tidak mempunyai asas nilai, tetapi asasnya adalah undang-undang dan untuk mewujudkan keseimbangan dan keadilan ekonomi masyarakat.

captcha