Allah SWT telah menunjukkan bahawa pelaku yang meninggikan syiar-Nya adalah mereka yang hatinya dipenuhi rasa cinta, hormat dan taqwa kepada-Nya;
ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
"Dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah yang demikian itu dari ketaqwaan hati". (Qs, Al-Hajj :22 : 32).
ذٰلِكَ وَمَنۡ يُّعَظِّمۡ حُرُمٰتِ اللّٰهِ فَهُوَ خَيۡرٌ لَّهٗ عِنۡدَ رَبِّهٖؕ وَاُحِلَّتۡ لَـكُمُ الۡاَنۡعَامُ اِلَّا مَا يُتۡلٰى عَلَيۡكُمۡ فَاجۡتَنِبُوا الرِّجۡسَ مِنَ الۡاَوۡثَانِ وَاجۡتَنِبُوۡا قَوۡلَ الزُّوۡرِۙ
"Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta".(Qs, Al-Hajj 22:30).
Syuar atau Syiar «شعار» yang kata jamaknya «شعائر» Sya'air bermaksud tanda yang masuk akal dan jelas untuk sesuatu, dan شَعَائِرَ اللَّهِ - Sya'airullah bermaksud tanda-tanda zahir yang menetapkan zikir atau ingatan kepada Tuhan dalam jiwa, contoh ibadat haji disebutkan dalam Al-Quran untuk tanda-tanda ini - (Qs, Al-Hajj :22 : 32), tetapi menurut pendapat ramai ulama, pengertian umum konsep ritual penyembahan Allah sebagai «شَعَائِرَ اللَّهِ» Syiar-syiar Allah, tentu bukan eksklusif untuk ritual haji sahaja dan boleh merangkumi semua konsep yang menunjukkan kebesaran dan pengagungan Allah SWT; perbuatan dan kejadian yang menjadikan seseorang mengingatkan kebesaran Allah yang datang dari ketaqwaan hati.
Dengan penjelasan ini, kita mesti tanpa ragu mengatakan bahawa Pengorbanan Al-Hussain (as) - di kebangkitan Ahlul-Bayt Nabi (SAW) itu, bukan hanya tubuh beliau yang telah berkalang tanah, tetapi darah kesyahidan beliau ini sebagai pengorbanan Agung Tuhan untuk mengekalkan Agama Islam dari pencerobohan sistem rosak kerajaan bani Umayyah dan inspirasi gerakan pengorbanan Imam Husain (as) untuk orang-orang yang bebas dari menyembah sesembahan selain Allah sepanjang zaman, juga merupakan salah satu contoh syiar kebesaran Allah dan hanya boleh diagungkan oleh orang-orang yang hatinya bertaqwa, jika anda ingi menguji apakah anda seorang yang bertaqwa maka perkara-perkara sedemikian (mengagungkan syiar-syiar Allah) tentu anda akan senang hati melakukannya.
Jika Haji telah memasukan pengorbanan haiwan ternak sebagai syiar Allah dalam ritualnya, maka Al-Husain telah menjadi pengorban yang paling Agung - mengorbankan jiwa dan raganya untuk memperjuangkan Agama Allah SWT. Oleh itu tafsiran Ayat;
وَفَدَيْنَـٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍۢ
*"Dan Kami tebus anaknya itu dengan sembelihan yang besar". (Qs, As-Saaffaat 37:107).
Salah satu Syiar Allah ialah Kaabah. Dari Kaabah inilah asal usul gerakan untuk membangkitkan manusia, ini adalah tradisi dan janji Allah SWT;
جَعَلَ اللهُ الْکَعْبَةَ الْبَیْتَ الْحَرامَ قِیاماً لِلنَّاسِ وَ الشَّهْرَ الْحَرامَ وَ الْهَدْیَ وَ الْقَلائِدَ ذلِکَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللهَ یَعْلَمُ ما فِی السَّماواتِ وَ ما فِی الْأَرْضِ وَ
أَنَّ اللهَ بِکُلِّ شَیْءٍ عَلیمٌ
"Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan kebangkitan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Qs, Al-Maaidah 5:97).
Para Imam suci Ahlul-Bayt (as) adalah Kaabah yang hidup untuk setiap zaman, dan satu perkara yang masih menjadi rahsia Haji adalah masih banyak dari kalangan umat Islam tidak mengenal Imam-imam suci untuk setiap zamannya - di masa keghaiban imam maksum, tugas kepimpinan ada pada ulama yang memiliki syarat untuk mewakili kepimpinan Imam maksum (as) yang dikenal sebagai Wali Faqih amril muslimin, sekarang dipegang oleh Al-Imam Syed Ali Khamenei (hf) - pemimpin sprituil tertinggi negara republik Islam Iran.
*Sembelihan yang Agung itu tentu bukanlah korban haiwan yang menjadi ritual Haji, yang tentu tidak sebanding dengan hazrat Ismail yang hendak disembilih oleh tangan ayahnya sendiri iaitu Nabi Ibrahim (as), oleh itu banyak ahli tafsir menjelaskan bahawa yang dimaksud oleh ayat ini, adalah pengorbanan Nabi Muhammad (SAW) dan Nabi Ibrahim (as) secara agama mempunyai hubungan rapat dengan Islam dengan segala makna kesucian ketauhidan dan ritual Ibadah dan falsafah perjuangan pembelaan dan etika kehambaan kepada Allah SWT sehingga Pengorbanan agung itu adalah pengorbanan Nabi Muhammad (SAW) atas cucunda Al-Husainnya (as) sebagai pengganti Ismail (as), Al-Husain dikorbankan dengan taqdir Allah ketika memperjuangkan kesucian ketauhidan dan Syariah Islam yang dilihatnya sedang dirosak dan dihina oleh pemusuh Islam, iaitu penguasa sabotaj hak kepimpinan para Imam suci Ahlul-Bayt kenabian baginda Muhammad (SAW) di zamannya.
*Siri Haji - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.