Laporan IQNA, memetik Al-Alam; Menurut pengumuman pentadbiran ini, empat daripada sembilan pintu di maqam suci Hazrat Abulfadhlil-Abbas (as), bertujuan untuk kemasukan jemaah ziarah yang menyertai perkabungan Tuwayrij dan lima pintu yang lain bertujuan untuk keluar darinya.
Reza Naji Al-Amiri (رضا ناجی العامری), timbalan pengarah organisasi makam Suci Hazrat Abbas (as), berkata: Pintu-pintu makam Suci telah disediakan untuk berkabung yang dipanggil Tuwayrij pada hari Asyura, dan mengikut perancangan, empat daripada sembilan pintu makam Suci dibuka dari sisi antara dua makam untuk kemasukan orang yang berkabung dan lima pintu lain bertujuan untuk laluan keluar mereka.
Pergerakan perarakan berkabung setiap hari dilakukan mengikut jadual biasa yang dirancang oleh pengurus makam Hazrat Abbas (as), kerana laluannya melalui jalan-jalan tertentu yang menghala ke pintu makam Hazrat Abulfadhlil-Abbas (as)
Pada masa ini, menurut laporan media, pada malam Asyura Husaini, Inter-Haramin (area antara kedua makam suci) telah dihiasi dengan permaidani merah, dan sekumpulan penjaga maqam Imam Husain dan Hazrat Abbas (as) mebentangkan permaidani merah dengan menutup sebahagian daripada area Inter-Haramin.
Setiap tahun pada hari Tasua (ایام تاسوعا) dan Asyura Husaini (عاشورا حسینی), upacara berkabung para syuhada Karbala diadakan di kedua makam suci ini. Disebabkan kehadiran kumpulan berkabung yang berbeza, permaidani merah dihamparkan di tempat suci pada hari-hari sebelumnya dan untuk area di antara kedua Haramin dihamparkan pada malam ke-10 nya untuk memperingati hari ke-10 Muharram.
Kumpulan perarakan penduduk Karbala turut melaksanakan program berkabung mereka dari hari pertama Muharram. Tahun ini, sebahagian daripada kumpulan ini melaungkan suara mereka untuk mengutuk pencemaran Al-Quran sebagai memberi penghormatan dan pembelaan khusus kepada Al-Quran.
4158539