Orang Barat cuba menyelesaikan masalah wanita 400 tahun yang lalu, maka diciptakannyalah feminisme, dan mereka mula berteori 200 tahun yang lalu, dan perbincangan mereka memasuki undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi hasil daripada itu adalah industri pelacuran, yang dianggap sebagai salah satu industri yang paling menguntungkan di dunia.
Metodologi Syahid Sadr (شهید صدر) bermaksud kaedah istinbat daripada nas-nas agama dan mengemukakan beberapa persoalan dari luar kepada Al-Quran dan riwayat adalah kaedah yang patut diberi perhatian, dan penggunaan Al-Quran secara deduktif juga patut diberi perhatian dalam menuntaskan masalahnya.
Metode ini percaya bahawa untuk menghilangkan sebarang masalah di zaman Rasulullah (SAW), ayat-ayat yang diturunkan adalah jalan ke hadapan dan bahawa Tuhan telah menurunkan ayat-ayat yang tepat pada masanya untuk menyelesaikan masalah umat manusia. Maknanya Al-Quran bukan semata-mata buku etika peribadi yang tiada kaitan dengan masyarakat, tetapi ia adalah pemerhati perkembangan masyarakat.
Al-Quran dituturkan dalam metode ini dan menerangkan penyelesaian masalah, dengan cara ini, kita dapat mengetahui tentang kejuruteraan masyarakat berdasarkan susunan wahyu Al-Quran.
Untuk menyelesaikan masalahnya, Barat tanpa mempedulikan struktur yang jadi punca masalah, tetapi Al-Quran untuk menyelesaikan masalah-masalah kemanusian, sambil memberi perhatian kepada kerumitan masalahnya, ia memberi perhatian kepada struktur yang jadi punca masalah dan ia mendekati isu ini dengan pendekatan yang tidak sepenuhnya general dan juga tidak sepenuhnya parsial, ia dengan cara separa keduanya sehingga cara ini jadi relevan untuk setiap masalah kemanusian di setiap zaman.
Terdapat dua perbezaan asas antara penyelesaian masalah Al-Quran dan Barat; Dalam kaedah Barat, isu wanita selama tidak diketengahkan sehingga memunculkan satu gerakan, dianggapnya tidak menyelesaikan masalah yang berlaku, tetapi 14 abad yang lalu, Islam telah memasuki era menyelesaikan masalah tersebut tanpa berlaku pergerakan yang merugikan marwua - kehormatan wanita dan keluarga.
Di antara semua masalah ini, Al-Quran berurusan dengan menyelesaikan masalah wanita terlebih dahulu. Al-Quran adalah berdasarkan wahyu; Orang Barat menganggap adalah satu penghormatan untuk mengabaikan sumber wahyu, tetapi kini mereka melihat bahayanya.
Dalam perjalanan turunnya, Al-Quran telah mencadangkan beberapa langkah dan kaedah untuk menyelesaikan masalah wanita. Surah-surah pertama yang diturunkan kepada Nabi (SAW), Al-Quran berkata;
بِأَىِّ ذَنۢبٍۢ قُتِلَتْ ٩
"Dengan dosa apakah mereka dibunuh? (Qs, At-Takwiir 81:9).
Al-Quran telah memberi perhatian kepada isu menanam gadis hidup-hidup sejak 1400 tahun lebih yang lalu, sedang Barat baru 90-an tahun yang lalu, di sini Al-Quran bercakap kepada semua jenis orang pada masa awal turun ayat ini hinggalah sekarang dan seterusnya hingga akhir zaman, Al-Quran dalam perkara pembelaan terhadap hak hidup wanita ini bukan hanya persoalannya ditujukan kepada orang yang beriman, dan berusaha untuk mencipta perubahan pandangan yang buruk masyarakat menjadi berpandangan memuliakan dan menghormati wanita.
Al-Quran memperkenalkan wanita-wanita terbaik seperti Asia dan Hazrat Maryam, dan Al-Quran telah menyelesaikan masalah terbesar umat manusia. Hazrat Maryam dan Asia mempunyai banyak cabaran dan mereka dapat menyelesaikan cabaran dan menjadi contoh untuk semua manusia dan menjadi wira semua orang.
Al-Quran sebenarnya telah berkata dengan menceritakan kisah Asia bahawa; wahai wanita, yang suaminya adalah pemimpin orang-orang kafir, kamu boleh menjadi pemimpin orang-orang yang beriman.
Isu lain ialah Al-Quran menyelesaikan tradisi salah yang wujud dalam topik perkahwinan, perceraian, seks, dll.
*Petikan kata-kata Mohammad Taghi Ahmadi Partu (محمدتقی احمدی پرتو), seorang penyelidik dan pensyarah universiti.
4123583