IQNA

Bangkit bersama Firman Ilahi; Rahsia panjang umur Asyura Husaini

15:20 - September 19, 2023
Berita ID: 3103187
KEBANGKITAN ASYURA HUSAINI (IQNA) - Imam Husain (as) bangkit berdasarkan firman Ilahi dan sempurna mengikutinya, ini adalah kunci kepada panjang umur peristiwa Asyura Husaini.

Laporan IQNA; Pilihan kata-kata Syed Mujtaba Husaini «سید مجتبی حسینی»; Anda akan membaca perbicaraan pakar agama di bawah ini;

أَشْهَدُ أَنَّكَ دَعَوْتَ إِلَى اللَّهِ وَ إِلَى رَسُولِهِ وَ وَفَيْتَ لِلَّهِ بِعَهْدِه ِوَ قُمْتَ لِلَّهِ بِكَلِمَاتِهِ
“Aku bersaksi bahawa Engkau telah menyeru kepada Allah dan Rasul-Nya dan Engkau mati kerana Allah dan dengan janji setia dengan-Nya, dan Engkau bangkit demi Allah berdasarkan firman-firmanNya".

Kata kunci teks ziarah Husaini ini sangat bermakna sehinggakan tidak mencukupi semua isinya dibahas dalam beberapa pertemuan, tetapi kami akan menyampaikan beberapa tips agar minda kita dapat bersedia untuk memahami kandungan ibadah ziarah imam Husain (as) ini.
  
Semua imam bangkit dan kesemuanya dipanggil "Qaim" «قائم» - "Pembangkit". Riwayat hadis dari baginda Rasulullah (SAW) yang menyatakan;

الحَسَنُ وَ الحُسَیْنُ اِمَامَانِ قَامًا اَوْ قَعِدًا
"Al-Hasan dan Al-Husain, kedua-duanya adalah imam sama ada mereka bangkit (berdiri) atau tidak (duduk)".

Pernyataan hadis ini telah menimbulkan kesan kepada kita bahawa sebagai contoh, Imam Hasan (as) tidak bangkit semasa ayahandanya menjalankan tugas keimamahan, tetapi beliau juga bangkit, apabila sahaja baginda Imam Ali (as) Syahid, dan Imam Hasan (as) memakai jubah Imamah, pada saat itu juga beliau (as) bangkit melawan pengacau, kepimpinan umat Islam yang disabotaj oleh orang-orang yang bukan ahlinya - yang berlaku zalim atas kemanusaan dan umat Islam.

Seluruh Imam memiliki masa kebangkitannya sendiri-sendiri sepanjang tempoh keimamahanya, banyak kali imam-imam ingatkan kita semua bahawa mereka sebagai Al-Qaim - pembangkit  - atau istilah sekarang reformis dari keterpelesongan kepimpinan umat Islam yang dibuat oleh pelaku-pelaku rampas kuasa dari pada kepimpinan Imamah Ilahi - Ahli-Nya. 

Para Imam Ahlulbayt Nabi besar Islam (SAW) melakukan sesuatu perkara perbaikan untuk umat datuk mereka (as), apakah perkara-perkara itu? Salah satunya ialah membimbing manusia kepada perintah Allah.

Pada asasnya, kehadiran para Imam Ahlulbayt Nabi besar Islam (SAW) di tengah umat manusia sebagai - Al-Qaim (as), dalam ziarah di atas, kita membaca bersama dengan kata-kata;
"Anda berdiri untuk Tuhan"; Apakah firman Allah yang digunakan oleh Imam?

Salah satu ayat Al-Quran - Firman Allah bahawa Allah menguji nabi Ibrahim (as) sehingga mencapai kedudukan Imamah;

 وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim". (Qs, Al-Baqarah 2:124).

Kita mungkin akan pasti mengetahui dan yakin tentang ayat ini; yang dimaksud "ujian dengan beberapa kalimah" apabila terjadi kemunculan Al-Imam Al-Mahdi (as). 

Jadi, kata-kata yang diucapkan oleh Imam Husain (as) dengan kebangkitannya (as) adalah perkara yang sama yang membawa nabi Ibrahim (as) kepada Imamah, selebihnya kes yang berlaku kepada nabi Ibrahim (as) semuanya berkaitan dengan perkara ini.

Makna lain yang boleh diungkapkan untuk frasa Ziarat ini ialah "Engkau bangkit melalui firman ilahi", dalam makna pertama, kita mengatakan bahawa Engkau berdiri untuk firman Tuhan, tetapi di sini kita mengatakan bahawa Engkau bangkit melalui firman Tuhan, yang bermaksud bahawa Engkau mempunyai penopang dari tempat lain, dan Tuhan telah memberi Engkau kemampuan, dan itu adalah firman Tuhan.

Maka Imam Husain (as) berdiri dengan firman Ilahi. Hazrat Zainab (as) melihat perkara yang sama ketika beliau berkata, "Saya tidak melihat apa-apa di Karbala selain keindahan". Kita bersyukur kepada Tuhan, bahawa Hazrat Zainab (as) telah berucap kata-kata ini supaya kita memahami bahawa Karbala bukanlah semua penderitaan dan malapetaka, dan ia mempunyai sisi lain. Apakah yang Zainab lihat apabila beliau berkata; "Aku tidak melihat apa-apa di Karbala selain kecantikan sahaja?

Dari Karbala, kita hanya melihat 72 orang terbunuh dan kita tidak faham apa yang berlaku. Peperangan Uhud dan Khaibar adalah sangat penting, tetapi tidak satu pun daripadanya serupa Karbala, mengapa? Rahsianya ialah: 

وَ قُمْتَ لِلَّهِ بِكَلِمَاتِهِ
"Dan Engkau telah bangkit dengan firman-Nya".

Karbala adalah satu tempat, Asyura adalah satu hari, tetapi ia adalah setiap hari dan setiap tempat, ia tidak berakhir sehingga hari kiamat. 

Mungkin selepas kemunculan Al-Imam Al-Mahdi (as) perkara tentang Karbala dan Imam Husain (as) akan menjadi jelas bagi kita.

captcha