IQNA

Presiden RII semasa perasmian Persidangan Perpaduan Islam Antarabangsa ke-37:

Berkompromi dengan musuh Islam adalah kembali ke zaman jahiliyah

22:39 - October 01, 2023
Berita ID: 3103248
TEHRAN PERSIDANGAN WAHDAT ISLAM (IQNA) - Hujjatul-Islam wal-Muslimin Raisi «حجة الاسلام والمسلمین رئیسی» menyatakan bahawa persepsi semua pemikir harus berdasarkan pendekatan - cinta kepada persaudaraan Islam «تقریب» dan benci «تنفر» terhadap takfir «menganggap kafir saudara muslim dan kemanusiaan», dan berkata: Negara-negara Islam harus tahu bahawa menormalkan hubungan dengan rejim Zionis dan musuh-musuh Islam adalah seperti berjalan di atas landasan yang mengembalikan ke zaman jahiliyah.

Laporan IQNA; Hujjatul Islam wal-Muslimin Syed Ibrahim Raisi, Presiden negara Republik Islam Iran, pagi ini, pada 1 Oktober, pada majlis perasmian Persidangan Perpaduan Islam Antarabangsa ke-37, mengucapkan tahniah kepada kelahiran Nabi Islam (SAW) dan Imam Jafar Sadiq (as) dan ketibaan Minggu Perpaduan «اسبوع الوحدة الإسلامیة»; 

Kita harus menghormati ingatan dan nama tokoh-tokoh pemersatu yang berada di kalangan kita tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya tetapi telah tidak ada di tahun ini, seperti Allahyarham Ayatullah Taskhiri «آیت‌الله تسخیری» dan En. Syeikh al-Islam «شیخ‌الاسلام», cendekiawan dan elit lain yang bekerja untuk merealisasikan perpaduan di kalangan umat Islam.

Menyatakan bahawa isu perpaduan adalah sangat penting dan kepentingannya semakin ditekankan hari demi hari dalam dunia Islam, beliau berkata: "Kelapangan dada Nabi (SAW) adalah sebaik-baik rahmat Allah yang telah diberikan kepada umat manusia yang menjadi contoh terbaik untuk manusia kontemporari. 

Mengikuti orang kafir dan asing dari Islam akan menyebabkan kita mundur ke belakang (ketinggalan untuk maju) dan menjadi punca kita melakukan dosa, dan ini telah ditegaskan dalam Al-Quran. 

Rahsia kemenangan umat Islam sepanjang sejarah adalah kesatuan dan kesepaduan mereka, dengan pusat kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Rasul-Nya, dan bimbingan Al-Quran, oleh itu mengikuti orang asing dari Islam dan melaksanakan kehendak mereka adalah sebagai bergerak mundur.

Beliau menyambung: Memberi perhatian kepada kebebasan Quds Sharif adalah penunjuk perpaduan yang paling penting, dan negara-negara Islam harus mengambil kira perkara ini, tetapi sebaliknya, menormalkan hubungan dengan rejim Zionis adalah seperti mengikuti jalan mundur dan kembali ke era kejahilan, kerana normalisasi adalah keinginan orang asing dari Islam. 

Gerakan takfiri seperti insiden pengganas di Pakistan dan Afghanistan menuntut kita mencapai perpaduan dan dalam hal ini, persepsi semua pemikir harus berdasarkan kecintaan kepada persaudaraan dan benci terhadap takfiri dan kita tidak harus menyerah kepada musuh bahkan kita mesti tahu apa yang menyebabkan musuh berundur adalah muqawamah - tentangan terhadap kejahatan musuh dan kebangkitan kita umat Islam secara bersepadu".

Hujjatul Islam Raisi menambah: "Kami mengajak semua orang untuk bersatu mengikut pemikiran Imam-imam revolusi Islam dan kami percaya bahawa diplomasi budaya dan diplomasi politik adalah sangat penting; ulama dan pemikir muslimin boleh berkesan dalam bidang ini dan umat Islam di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika perlu saling berhubungan dengan cara ini".

4172310

captcha