IQNA

Perdana Menteri Malaysia;

Penekanan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam perkuliahan

19:37 - January 08, 2024
Berita ID: 3103730
IQNA - Perdana Menteri Malaysia berkata beliau akan terus memetik ayat-ayat Al-Quran dalam ucapan-ucapannya, tetapi sebelum itu beliau akan berunding dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Laporan IQNA, memetik Freemalaysiatoday; Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau akan memetik ayat-ayat Al-Quran dalam ceramah-ceramahnya, menerusi kuliah masa depan mengenai ayat-ayat Al-Quran dan tafsirannya tetapi sebelum itu akan berunding dengan jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu.

Bercakap pada mesyuarat bulanan kakitangan Perdana Menteri, beliau berkata: "Saya gembira bahawa apa yang saya katakan pada kuliah yang lalu (mengenai kisah para sahabat) telah menimbulkan minat dalam mempelajari surah ini, terutama di kalangan belia.
 
Beliau menambah: "Saya merujuk kepada ayat-ayat dan tafsiran Al-Quran untuk menarik perhatian ramai. Tetapi untuk mengelakkan pertikaian, saya mula-mula pergi ke Jakim.
 
Ucapan bulan lalu oleh Anwar Ibrahim, yang merujuk kepada ayat-ayat Surat al-Kahf, telah berhadapan dengan kritikkan. Minggu lalu, seorang pengkhotbah terkenal dari Negeri Terengganu mengkritik ucapan Anwar.
 
Dalam ucapan ini, Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan tafsirannya tentang kisah para sahabat Kahf «اصحاب الکهف». Anwar berkata beliau menunjuk kepada sahabat Kahf untuk menekankan pentingnya memberi perhatian kepada nilai-nilai manusia, keadilan dan etika yang baik sambil menangani pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan. Beliau berkata: Penekanannya adalah pada pelajaran yang boleh diambil dari naratif para sahabat Kahf.
 
Beliau menambah: "Adalah baik bagi pandangan saya bahawa para ketua dalam perkuliahan mereka memetik ayat dan hadis; "Walaupun saya tidak selaras dengan pandangan tradisionalis (jumud)*, analisis ini tidak bertentangan dengan pemahaman Islam. Beliau menambah: "Saya memetik kisah Tujuh Orang Muda Al-Quran di Surat Al-Kahf, yang pada masa itu berlindung di sebuah gua dari sistem tirani pemerintahan dan raja yang menyembah berhala. Mesej surah ini adalah mengenai ketegasan Iman para belia yang membuat mereka kebal dari penyembahan berhala dan kerosakan akhlak. Oleh itu, adalah sesuai untuk penjawat awam belajar dari kisah ini".

 

*Pandangan Analitikal; Untuk semua individu umat Islam (tidak kira tradisionalis atau promodenisasi mesti siap menerima amaran meseg ayat Al-Quran ini, yang Allah SWT berfirman;

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ فَإِنَّهُۥ يَأْمُرُ بِٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًۭا وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يُزَكِّى مَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌۭ ٢١
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (Qs, An-Nuur 24:21).

- Berdasar Ayat ini dilihat dari perilaku orang Islam hanya terbahagi kepada dua; Pengikut langkah syaitan atau pengikut hidayah Allah SWT, sama ada golongan muslim tradisionalis atau promodenisasi sama berkemungkinan untuk boleh mengikuti hidayah Allah SWT atau pun langkah syaitan, oleh itu sama perlu perihatin untuk tidak ikut langkah syaitan.

4192728

captcha