IQNA

Pemimpin revolusi Islam berucap kepada Pemimpin negara-negara dunia Islam dan menekankan:

Keperluan memotong arteri penting rejim Zionis Penjenayah

16:17 - January 23, 2024
Berita ID: 3103800
IQNA - Pemimpin Revolusi Islam, dalam pertemuan dengan peserta Kongres 24,000 Syuhada Tehran Besar, mengkritik prestasi kepala negara - kepala negara dunia Islam berkenaan isu Gaza yang sangat penting dan berkata: Isu yang berada di tangan kepala negara - kepala negara dunia Islam adalah memotong arteri vital / saluran-saluran tegar rejim Zionis, negara-negara Islam mesti memutuskan hubungan diplomasi dari segi politik dan ekonomi dengan rejim Zionis dan tidak membantu rejim penjenayah ini.

Laporan IQNA, menurut pangkalan maklumat Pejabat Pemimpin Tertinggi, Ayatullah Khamenei, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam (HF), pagi ini, Selasa, 23 Januari, dalam pertemuan dengan peserta Kongres 24,000 Syuhada Tehran besar, mengkritik prestasi Ketua-ketua negara dunia Islam berhubung isu penting Gaza berkata: Kadang-kadang pendirian dan kenyataan sekumpulan pemimpin negara-negara dunia Islam adalah salah kerana mereka bercakap tentang isu seperti gencatan senjata di Gaza, yang ianya di luar kawalan mereka dan berada di tangan Zionis musuh yang jahat.

Pemimpin Revolusi Islam itu menegaskan: Sebenarnya Isu yang berada di tangan para pemimpin negara-negara Islam ialah memotong arteri vital rejim Zionis.

Negara Islam hendaklah memutuskan hubungan politik dan ekonomi mereka dengan rejim Zionis dan bukannya membantu rejim ini.

Beliau berkata: Di sebalik prestasi yang tidak sesuai dari ketua-ketua negara dunia Islam ini dan di sebalik segala kesusahan, sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran, Allah bersama orang-orang yang beriman dan di mana sahaja Allah berada, pasti ada kemenangan.

Ayatullah Khamenei (HF) menambah: Kemenangan penduduk Gaza adalah pasti, dan Allah SWT akan menunjukkan kemenangan ini kepada Umat Islam dalam masa yang tidak lama lagi, dan hati umat Islam, khususnya penduduk Palestin dan Gaza, akan gembira.

4195479

captcha