IQNA

Catatan;

Demokrasi Imam Sadiq (as) di zaman percanggahan pendapat

19:14 - May 04, 2024
Berita ID: 3104350
IQNA - Luasnya erti kemanusiaan dalam pemikiran Imam Sadiq (as) terserlah dalam hati dan cara menjaga kemuliaan manusia. Imam Sadiq (as) biasa mendengar ahli bid'ah dan atheis yang mempunyai pikiran yang tajam memusuhi Islam, beliau (as) yang duduk di sebelah Kaabah dan bercakap dengan mereka dengan kata-kata yang menyenangkan, budi pekerti dan hujah yang kuat, yang menjadi sebab mereka malah khusyuk mendengar dan mendapat pengetahuan yang sebenar mengenai Islam.

Laporan IQNA, memetik Baratha « براثا»; Ulama Iraq Syaikh Muhammad Rabiei «شیخ محمد ربیعی» menulis dalam catatan: Kehidupan Imam Jafar Sadiq (as) dibezakan oleh fakta bahawa beliau mengagumkan dalam kedermawanannya kerana keadaan di mana beliau hidup adalah keadaan konflik antara Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah, dan para khalifah dari kedua-dua spektrum, seperti kebiasaannya sebelum ini, memberi tekanan kepada para Imam Ahlulbayt Nabi (SAW); Imam Sadiq dan bapanya yang mulia Imam Baqir (as), dapat mempersembahkan seluruh realiti Islam dengan intelektual, masalah agama dan perundangan dan bahkan orang-orang dalam konsep yang berkaitan; Imam menjadikan manusia dan kehidupan, bergerak maju dan dinamis ke tahap di mana terdapat ilmu-ilmu baru yang tidak lazim, atau tidak relevan pada masa itu, termasuk sains kimia; Sehinggakan Kepakaran Jabir bin Hayyan memetik  Kimia dari Imam Sadiq (as) sebagai inspirasi buku kimia Jaber bin Hayyan masih diajar di universiti Barat sebagai teori kimia lanjutan.

Asli demokrasi Imam Sadiq (as)

Sikap kerakyatan Imam Jafar Sadiq (as) memiliki muka yang terbuka kepada realiti, kita tidak mampu bercakap tentang semua warisan ensiklopedia Imam, sehingga kini kita dapati banyak jawapan untuk konsep kebebasan, dan maruah dalam dimensi politik dan sosialnya dalam pergerakan manusia dalam kehidupan dalam menghadapi cabaran, dan kita tidak cukup mampu menggunakan kekayaan ensiklopedia Imam yang ditinggalkannya untuk memahaminya sebagai yang telah memperkayakan dunia Islam. 

Terdapat empat ribu orang yang meriwayatkan hadith daripada Imam Sadiq (as.) dan belajar daripadanya, masing-masing dari murid-murid beliau itu sebagai pemiliki kepakaran  dan seorang profesor dalam bidang-bidang keilmuan yang berbilang.

Dikatakan ada yang memasuki masjid Kufah Pada masa itu, menyaksikan guru-guru duduk di semua penjuru masjid dan menyambut pelajar yang juga mereka dalam kalangan ulama. Orang ini melihat 900 pakar ilmu berdebat dan setiap daripada mereka memulakan ucapannya dengan berkata; "Ja'far Sadiq (as) memberitahu saya...".

Imam Sadiq (as) mengalu-alukan semua orang dan sikap ta'asubiyah pada masa itu tidak sampai ke tahap orang Islam berpisah atau berpecah antara satu sama lain atau menjadi sebab berbeza pendapat di masjid mereka bahawa ini adalah masjid Syiah dan itu adalah masjid Sunni, sama sekali tidak ada perbezaan antara mazhab bahawa mazhab ini adalah Syiah dan mazhab ini adalah Sunni, sebaliknya semua menjadi pengaliran dari mazhab Imam Sadiq (as) yang mengajar semua orang mengikut perbezaan mereka, sehingga mereka memiliki panduan yang sama.

Semua aliran umat Islam pada masa itu telah menerima mazhab Imam Sadiq sebagai mazhabnya sendiri dan kita tahu bahawa Abu Hanifah, pemilik mazhab Hanafi, adalah salah seorang pelajar mazhab ini dan dia berkata: "Jika dia tidak menjadi seorang murid dari Imam Sadiq (as), Numan «نعمان» (nama abu Hanifah) pasti akan binasa dan menyimpulkan bahawa "orang yang paling bijak ialah mereka yang lebih mengetahui orang-orang di zamannya daripada orang lain, dan Imam Sadiq adalah orang yang paling bijak dalam hal ini". 

Imam Sadiq (as) mengetahui Orang pada zamannya, beliau mengetahui semua perbezaan ummat Islam, maka apabila saya datang kepadanya, dia akan berkata: Kamu berkata ini dan golongan yang lain berkata demikian, Imam tertarik dengan segala sesuatu dalam realiti Islam, iaitu bermazhab-mazhab; fikah, perbezaan teologi dan seumpamanya dan sentiasa menunjukkan garis lurusnya.

Telah diriwayatkan daripada Malik bin Anas, Imam Mazhab Maliki, bahawa dia berkata: "Mataku tidak pernah melihat seseorang yang lebih baik daripada Jafar bin Muhammad dalam kebajikan, ilmu dan taqwa."

Imam Jafar Sadiq (as); Ensiklopedia zaman
Jika kita meneliti hadis-hadis Imam Sadiq (as), kita akan dapati beliau merangkumi semua istilah Islam dan juga mahir dalam isu-isu yang dibangkitkan dalam Islam ketika itu, kerana beliau (as) hidup dengan isu-isu zamannya dan tidak terlepas dari realiti.

Misi keakraban antara umat Islam
Di sebalik semua perbezaan mazhab yang teruk, Imam Sadiq (as) tidak mahu umat Islam dipisahkan antara satu sama lain; Realiti yang kita temui hari ini iaitu masjid Syiah dikatakan Sunni tidak ada tempat, atau masjid Sunni yang Syiah tiada tempatnya, sehingga berlaku permusuhan tajam antara mazhab, kita telah sampai satu tahap di mana orang satu mazhab menggelarkan orang satu mazhab yang lain kafir, mereka tahu Imam Sadiq (as.) menekankan kepada orang ramai tentang kepentingan berpegang kepada apa yang mereka yakini, kerana isu mencampuradukkan pemikiran anda dengan pemikiran orang lain tidak bermakna anda melepaskan pemikiran anda sekalipun kerana menjaga kesopanan, atau kesatuan Islam bukan bermakna anda melepaskan pemikiran anda, tetapi ia bermakna anda bersatu dengan umat Islam yang lain melalui Islam.

*Anda boleh memiliki pandangan sendiri sebagai muslim, tetapi Anda tidak berhak memisahkan orang Islam (yang berlainan pandangan dengan Anda) dari agama Islamnya.

*Hari ini 25 Syawal sempena memperingati hari kesyahidan Imam Sadiq (as).
4213339

tanda nama: Imam dan ummah
captcha