IQNA

Dalam pesta buku antarabangsa Tehran ke35;

Tafsiran Arab Al-Quran Ayatullah Khamenei (HF) telah didedahkan

16:49 - May 13, 2024
Berita ID: 3104399
IQNA - 10 jilid tafsiran Al-Quran oleh Pemimpin Tertinggi Ayatullah Khamenei (HF) dalam bahasa Arab telah didedahkan dalam Pesta Buku Antarabangsa Tehran dengan kerjasama Pusat Organisasi Terjemahan dan Penerbitan Pendidikan Islam dan Sains Kemanusiaan dan Pusat Penerbitan Revolusi Islam.

Laporan IQNA, memetik dari ibu pejabat berita Pesta Buku Antarabangsa Tehran ke-35, pada masa yang sama dengan hari ke-5 Pesta Buku Antarabangsa Tehran ke-35, satu mesyuarat telah diadakan untuk mengkaji pemikiran Al-Quran Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam yang dihoskan oleh Pusat Penganjuran Penterjemahan dan Penerbitan Pendidikan Islam dan Sains Kemanusiaan, semalam, 12 Mei yang diadakan di Dewan mesyuarat antarabangsa, pesta buku ini.

Dalam pertemuan ini, Muhammad Ishaqi «محمد اسحاقی», Naib Presiden Pendidikan dan Penyelidikan Institut Penyelidikan Kebudayaan Revolusi Islam, Laleh Eftekhari «لاله افتخاری», seorang profesor di Universiti Syahid «شاهد» dan bekas wakil Majlis Islam selama tiga penggal, dan Muhammad Mahdi Ahmadi «محمد مهدی احمدی», seorang bekas ketua pejabat penasihat kebudayaan Republik Islam Iran di Sepanyol, menyampaikan syarahan mengenai pemikiran dan tafsiran berkenaan.

Juga, 10 jilid tafsir Al-Quran oleh pemimpin tertinggi, Ayatullah Khamenei (HF), dalam bahasa Arab telah diumumkan dengan kerjasama bersama Pusat Terjemahan dan Penerbitan Pendidikan Islam dan Sains Kemanusiaan dan Pusat Penerbitan Revolusi Islam, telahpun dipamerkan dalam majlis ini.

Abbas Anjam «عباس انجام», seorang penyelidik Al-Quran dan pengarah bahasa Arab - Afrika dan naib presiden penyiaran di luar negara, adalah setiausaha mesyuarat ini.

Sokongan Al-Quran dalam kenyataan pimpinan tertinggi revolusi Islam
Dalam pertemuan ini, Laleh Eftekhari menjelaskan kecenderungan tafsiran pemimpin revolusi dan berkata: Tuhan telah menjelaskan misi Rasulullah (SAW). Misi ini diteruskan selepas Nabi (SAW) oleh Ahlulbayt Nabi (SAW) dan pada zaman ghaib Imam suci Ahlulbayt Nabi (SAW), para mufassir telah melaksanakan misi ini dan oleh sebab itu, para ulama telah memberikan tafsiran mereka.

Demikian pemimpin revolusi telah menafsirkan dari zaman mudanya sehingga kini, Laleh menambah: Jika kita ada semakan terhadap kenyataan pemimpin revolusi, kita akan dapati bahawa Beliau sentiasa mengambil Al-Quran sebagai penyokong untuk semua kenyataannya.

Tafsiran Arab Al-Quran Ayatullah Khamenei (HF) telah didedahkan

Penelitian Al-Quran
Dalam perkara berikut, Muhammad Mahdi Ahmadi, bekas ketua pejabat penasihat kebudayaan Iran di Sepanyol, selepas meneliti hubungan antara buku "Sel Empat Belas" «سلول چهارده» bhs.Farsi "Sulul-e Chohordah" sebagai memuat kenangan pemimpin revolusioner dan pemikiran Al-Qurannya, berkata: Selama lebih 50 tahun usia yang mulia beliau (HF), telah terlibat dalam penyelidikan Al-Quran. Oleh kerana kesyumulan inteleknya dalam bidang perundangan, prinsip, tafsir, undang-undang dan kesusasteraan, pandangannya dalam pentafsiran telah diikuti dengan pendekatan yang inovatif, yang boleh menjadi pengenalan kepada pembentukan tamadun Islam yang baru.

Beliau menganggap buku "Sel Empat Belas" adalah selaras dengan penekanan Al-Quran tentang penentangan/Muqawamah, dan dengan menyatakan bahawa dalam firman Allah, terdapat penekanan khusus bagi sesiapa yang berjuang melawan arus kebatilan dan berpaling kepada kebenaran dalam menghadapi penindasan, Allah menjajikan kemenangan bagi mereka/akan menang, sambungnya: Contoh kesabaran dan penentangan yang ditekankan dalam Al-Quran ialah watak pemimpin revolusi yang hidupnya diterangkan dalam buku ini.

Bahasa yang mudah dan kontemporari
Muhammad Mahdi Syariatmadar «محمدمهدی شریعتمدار» turut menyatakan dalam pertemuan ini tentang gaya tafsir Al-Quran Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam (HF): Gaya tafsir Al-Quran beliau ialah membina masyarakat Islam dan kerajaan Islam dengan bahasa yang mudah dan kontemporari. Terdapat banyak petikan Al-Quran dalam kalam beliau, yang jika dikumpulkan dan diklasifikasikan, boleh menjadi sumber tafsiran tematik Al-Quran yang unik dalam arena sosial dan politik.

Pada akhirnya, Muhammad Ishaqi menekankan pemikiran dan tindakan pemimpin revolusi dalam membaca Al-Quran dan berkata: Keperibadian pemimpin revolusi mempunyai pelbagai aspek dan pergerakan beliau berlandaskan Al-Quran. Jika beliau bercakap tentang seni dan identiti, beliau menggunakan prinsip Al-Quran dan audiens/mukhatab beliau adalah kumpulan yang berbeza; rakyat Iran dan dunia, pegawai dalaman dan juga musuh.

Pesta Buku Antarabangsa Tehran edisi ke-35 dengan slogan "Mari membaca dan membina" diadakan dari 7 hingga 17 Mei 2024M di Musolah Imam Khumeini (ra) secara kehadiran dan di sistem maya; ketab.ir 

4215447

captcha