IQNA

Dari sudut Al-Quran;

Disiplin dalam kegiatan ekonomi

15:12 - May 15, 2024
Berita ID: 3104408
IQNA - Al-Quran menegaskan bahawa harta masyarakat tidak boleh diamanahkan kepada orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk pertumbuhan ekonomi. Salah satu koordinat pertumbuhan ekonomi ialah perancangan dan disiplin tingkah laku.

Harta adalah penunjang kehidupan manusia. Orang dipanggil miskin kerana mereka tidak mempunyai keupayaan untuk berdiri dari segi kewangan/harta. Al-Quran menegaskan bahawa harta dan modal ekonomi tidak boleh dibiarkan di tangan orang lemah dalam pentadbiran, kerana kekayaan/harta adalah punca kebangkitan dan kestabilan manusia secara individu dan masyarakat: 

وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ قِيَامًا
“Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu". (Qs, An-Nisaa' 4:5). 

Jika kebodohan/orang lemah dalam pentadbiran menguasai tulang belakang sesebuah bangsa, ia akan meruntuhkan tiang dan menjatuhkan bangsa itu.

Salah satu ciri orang lemah dalam pentadbiran ekonomi ialah dia tidak tahu menggunakan harta. Dari sudut Al-Quran, untuk memiliki modal, selain matang, ia juga perlu untuk mencapai pertumbuhan ekonomi. 

Al-Quran berfirman tentang anak yatim: 

وَابْتَلُوا الْيَتَامَى حَتَّى إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ آنَسْتُمْ مِنْهُمْ رُشْدًا فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ
“Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya". (Qs, An-Nisaa' 4:6). 

Ini bermakna bahawa anak-anak yatim harus diuji untuk pertumbuhan ekonomi supaya dikenal pasti mereka telah mencapai kematangan untuk mentadbir hartanya secara baik pertumbuhan dan, sebagai contoh, mereka (orang lemah) harus dibangunkan dengan melatih dan mengajar mereka dalam cara perniagaan yang boleh ke arah perkembangan dan prtumbuhan ekonomi. 

Salah satu koordinat pertumbuhan ekonomi ialah perancangan dan disiplin tingkah laku. Perancangan adalah salah satu elemen terpenting dalam pengurusan ekonomi.

Salah satu manifestasi disiplin tingkah laku ialah melakukan sesuatu dengan segera dan tidak berlengah-lengah dan tidak menangguhkannya sehingga peluang lain/esok dan hari lain. Menariknya, disebutkan dalam hadis-hadis bahawa Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: 

"Celakalah kumpulan pengelola ekonomi dari umatku, kerana mereka bekerja dalam urusan perniagaam am mereka melengah-lengahkannya dan mengundur-undurnya hari esok dan lusa." 

Amirul Mukminin Imam Ali (as) memerintahkan Malik al-Astar untuk "melakukan beberapa perkara sendiri, antaranya ialah menjawab keperluan awam pada hari yang sama keperluan mereka sampai kepada anda"; Iaitu, bertindak balas kepada permintaan rakyat dengan cepat dan pada hari yang sama, jika sememang boleh dibuatkan pada waktu itu juga. 

Imam (as) meneruskan dalam bentuk prinsip yang merangkumi perancangan dan pentadbiran, yang bermaksud: "Buat rancangan setiap hari pada hari yang sama, kerana setiap hari adalah memiliki tugas khusus untuk hari itu, esok juga memiliki tugas nya sendiri, jika tidak maka pasti ada yang telah ditelantarkan, tentu ini akan dimintai pertanggungwapannya - haqunas  «حق الناس» (sama ada di dunia mahupun di akhirat)".

captcha