IQNA

Sebab banyaknya ayat-ayat tentang Bani Israil dalam Al-Quran

13:09 - June 05, 2024
Berita ID: 3104540
IQNA - Banyaknya ayat-ayat tentang Bani Israil dan Yahudi pada zaman hazrat Musa (as) dan permulaan Islam mempunyai hikmah tersembunyi yang boleh menjangkau dunia kontemporari.

Banyak ayat yang menyebut tentang sejarah bangsa Israil dan Nabi Musa (as), keadaan orang-orang Yahudi selepasnya Nabi Musa (as) dan ciri-ciri tingkah laku kaum ini sepanjang sejarah malah ketika ayat-ayat Al-Quran diturunkan di Madinah kepa baginda Nabi Muhammad - Khatamun-Nabiyyin (SAW).

Kepelbagaian ayat di sekitar satu topik ini sepatutnya membangkitkan sensitiviti umat Islam terhadap topik ini, mengapa Tuhan Yang Maha Esa telah menyebut ciri-ciri dan kaedah tingkah laku orang Yahudi dalam Al-Quran untuk membimbing dan mengajar manusia dari semua bangsa dan negara dan menjadikan sebagai pelajaran dan percontohan?

Apakah ciri-ciri dan cara tingkah laku orang Yahudi yang banyak disebut dalam Al-Quran dan apakah punca utama dan asal-usul sifat serta tindakan Bani Israil itu? Adakah ungkapan semua ayat Al-Quran tentang orang Yahudi ini eksklusif untuk pengetahuan orang Yahudi pada zaman permulaan Islam di Madinah, atau adakah ia lebih sesuai untuk masa depan dan Zionisme kontemporari - zaman ini juga?

Perkara pertama berdasarkan Hadis Nabi (SAW) bahawa nasib Bani Israil hampir sama dengan nasib umat Islam; Sebagaimana yang diriwayatkan dari Rasulullah (SAW) yang bermaksud: 

"Ada diantara kumpulan umatku akan mengikuti tradisi Bani Israil dan berjalan mengikuti jejak mereka, maka berlakulah adat-istiadatnya seperti mereka sehingga jika mereka merangkak ke dalam sebuah lubang, mereka juga akan merangkak ke dalam lubang itu bersama mereka Merayap".

Perkara kedua boleh diambil daripada penceritaan semula peristiwa orang Yahudi dan Nabi (SAW) pada permulaan Islam, tetapi dengan dua cara penyampaian;

Dalam Al-Quran, terdapat dua pendirian terhadap orang Yahudi, iaitu menceritakan golongan orang beriman - beramal soleh dan golongan pemutus perjanjian - dan durhaka. 

Menurut ayat Al-Quran, golongan kedua yang paling memusuhi orang Islam golongan pertama tidak: 

وَإِذَا سَمِعُوا۟ مَآ أُنزِلَ إِلَى ٱلرَّسُولِ تَرَىٰٓ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا۟ مِنَ ٱلْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱكْتُبْنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ ٨٣
"Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w)". (Al-Maaidah 5:83)

Tingkah laku bermusuhan dan menghasutnya orang Yahudi ini terhadap umat Islam selepas Nabi (SAW) bukan sahaja tidak berkurangan, malah semakin menjadi-jadi, dan banyak komplot dan kemudaratan yang melanda agama Islam dan umat Islam adalah daripada golongan Yahudi ini. Al-Quran mendedahkan kederhakaasn golongan Yahudi pemusuh Islam dan umatnya; 


قُلْ يَـٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَـٰبِ لَسْتُمْ عَلَىٰ شَىْءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُوا۟ ٱلتَّوْرَىٰةَ وَٱلْإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ ۗ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًۭا مِّنْهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَـٰنًۭا وَكُفْرًۭا ۖ فَلَا تَأْسَ عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٦٨
"Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu". (Qs, Al-Maaidah 5:68).

Dalam dunia kontemporari juga, kepentingan masalah Zionisme baik dari segi penentangan terhadap Islam mahupun dari segi perkauman dan penyebaran rasuah dan pelacuran di negara yang berbeza serta penguasaan mereka ke atas media sosial, pusat ekonomi dan keputusan politik pembuat undang-undang di negara-negara penting menjadikan kewajipan umat Islam untuk mengenali ciri-ciri kelakuan mereka untuk menangani ancaman bahaya ini. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengenal pasti musuh ini dari sudut sumber ajaran yang diturunkan oleh Tuhan - Al-Quran.

captcha