Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Khamenei; Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, dalam perutusan sempena Kongres Haji yang agung dan mulia, yang dipanggil "Keluasan Kemanusiaan" dan "Kuasa kerohanian Islam" sebagai dua aspek kewajipan haji dan dengan merujuk kepada tragedi di Gaza, yang unik dalam sejarah kontemporari, Beliau (HF) menekankan: Pembebasan «برائة» dari rejim Zionis dan penyokongnya, terutama Amerika, tahun ini harus diteruskan selepas musim haji dan meluaskan kepada rakyat ramai di negara dan bandar-bandar yang berpenduduk Muslim di seluruh dunia.
Dalam mesej ini, Pemimpin Revolusi Islam, merujuk kepada dimensi upacara Ibadah haji yang kompleks, menganggapnya sebagai kekuatan hati bagi umat Islam untuk memiliki kewibawaan - autoriti dan menggerunkan bagi orang yang berniat jahat dan menunjukkan bahawa Al-Quran, manakala menyatakan rahsia dan formula komposisi haji yang kompleks, adalah manifestasi kedamaian moral dan perdamaian umat Islam dan ia memperkenalkan manifestasi rasa berlepas diri dan kesiapan menentang musuh, dan jemaah haji harus membawa pemikiran dan tindakan mereka lebih dekat kepada nilai pengajaran ini dan kembali ke tanah air dengan membawa identiti popular yang dipulihkan bercampur dengan konsep-konsep agung ini sebagai cenderahati berharga perjalanan haji.
Ayatollah Khamenei, merujuk kepada jenayah rejim Zionis yang kejam yang semakin runtuh di Gaza, menambah: Isu Bara'ah / berlepas diri dari rejim Zionis lebih menonjol pada tahun ini berbanding masa lalu, kerana tragedi di Gaza tidak memberi ruang untuk pertimbangan dan reda bagi mana-mana individu, parti, kerajaan, dan mazhab umat Islam, ini harus menunjukkan dirinya dalam kata-kata dan tindakan negara dan kerajaan dan menjadikan arena sempit untuk algojo dan penyokongnya.
Di penghujung perutusannya, Pemimpin Revolusi Islam memuji penentangan oleh Palestin dan rakyat Gaza yang sabar dalam menanggung ketertindasan, dengan menekankan bahawa penentangan ini harus disokong sepenuhnya.
Terjemahan Teks pesanan pemimpin agung Revolusi Islam kepada jemaah haji Baitullah Al-Haram adalah seperti berikut:
بسم اللّه الرّحمن الرّحیم
و الحمد للّه ربّ العالمین و الصّلاة و السّلام علی خیر البریّة سیّدنا محمّدٍ المصطفی و آله الطّیّبین و صحبه المنتجبین و من تبعهم باحسان الی یوم الدّین.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan selawat dan salam ke atas insan terbaik junjungan kita Muhammad al-Mustafa dan keluarga serta para sahabatnya, dan bagi orang yang menjadi pengikut mereka secara terbaik hingga hari kiamat.
Senandung Panggilan - jemputan Ibrahimi yang menyentuh hati, yang dengan perintah Tuhan, menyeru semua orang ke Kaabah (supaya datang ziarah Rumah Tuhan) pada musim haji, tahun ini telah menarik hati ramai umat Islam dari seluruh dunia kepada asas ketauhidan Tuhan dan Kesatuan ummah, yang mencipta megah dan agungnya perhimpunan manusia. Panggilan ini telah membawa, dan menarik "Keluasan Kemanusiaan" dan "Kuasa kerohanian Islam", sama ada kepada jiwa mereka sendiri atau kepada orang asing.
Perhimpunan besar-besaran dan ritual haji yang kompleks, apabila dilihat dengan mata pikiran yang penuh pertimbangan - tadabur, adalah sumber kekuatan dan keyakinan bagi seorang Muslim, dan menggerunkan bagi musuh dan orang yang tidak berkenan.
Tidak hairanlah jika musuh dan penderhaka umat Islam bertujuan untuk menghancurkan dan meragui kedua-dua aspek kewajipan haji ini; Sama ada dengan menonjolkan perbezaan Agama dan politik (memisahkan ruh Agama dari dalam politik), atau dengan memperkecilkan aspek keramat dan kerohanian haji.
Al-Quran memperkenalkan haji sebagai manifestasi kehambaan, zikir dan kerendahan hati, manifestasi kesamaan keberhormatan martabat manusia, manifestasi pentadbiran untuk kesejahteraan kehidupan bersama material dan rohani manusia, manifestasi rahmat dan hidayah, manifestasi kedamaian akhlak dan kompromi praktikal antara saudara, manifestasi barisan hadapan yang kuat berhadapan dengan musuh - Bara'ah/ Keengganan berkompromi dengan pemusuh Islam dan kemanusiaan.
Memikirkan ayat-ayat yang berkaitan dengan Haji dan merenungkan tindakan dan ritual kewajipan unik ini menunjukkan kepada kita rahsia dan kod ini dalam komposisi haji yang kompleks.
Anda, saudara dan saudari haji, kini berada dalam lapangan mengamalkan kebenaran dan pengetahuan ini. Bawa pemikiran dan tindakan dekat anda ini, lebih dekat lagi kepadaNya, dan kembalikan identiti yang telah pulih bercampur dengan konsep-konsep agung ini. Ini adalah cenderahati berharga dan benar perjalanan Haji anda.
Tahun ini isu Bara'ah lebih menonjol berbanding sebelum ini. Tragedi di Gaza, yang unik dalam sejarah kontemporari kita, dan keangkuhan rejim tanpa belas kasihan, yang merupakan manifestasi kekejaman dan kedegilan, dan sudah tentu Zionisme yang menuju kemerosotan ini, tidak memberi ruang untuk sebarang pertimbangan atau reda untuk mana-mana individu, parti, kerajaan, dan mazhab Islam. Pembebasan (Bara'ah)* tahun ini harus diteruskan selepas musim haji dan Miqat di negara dan bandar berpenduduk Islam di seluruh dunia, dan di luar jemaah haji, ia harus popular dan dipantulkan kepada orang ramai.
Pembebasan/Perlepasan diri umat Islam dari rejim Zionis dan penyokongnya, khususnya kerajaan Amerika Syarikat, harus menunjukkan dirinya dalam kata-kata dan perbuatan oleh negara dan kerajaan dan menyempitkan medan untuk para algojo.
Penentangan kuat Palestin dan penduduk Gaza yang sabar dalam ketertindasan, yang kemuliaan kesabaran dan penentangannya telah membuat dunia mengagumi dan menghormati mereka, mesti disokong dalam semua cara.
Saya memohon kepada Tuhan untuk kemenangan yang lengkap dan cepat untuk mereka, dan saya berdoa untuk anda, para jemaah haji yang dihormati, mendapat haji yang mabrur. Semoga doa yang dikabulkan dari Hazrat Baqiyatullah (Ruhi fidah-روحی فداه) menyokong anda.
Salam sejahtera dan semoga Allah merahmati anda
Seyyed Ali Khamenei
4 Dzulhijjah 1445
*Bara'ah «بَرَاءَةٌ»- bermaksud; "Pernyataan berputus hubungan dengan para pemusuh Islam", yang bersumber dari ayat Al-Quran, perintah Allah SWT;
بَرَاءَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
"(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka)". (Qs, At-Taubah 9:1).