IQNA

Pameran Ghadir di makam suci hazrat Fatimah Masumah (as)

18:05 - June 22, 2024
Berita ID: 3104637
IQNA - Pameran Ghadir telah diadakan dalam bentuk gerai yang pelbagai dan menarik sempena sepuluh hari Imamah dan Wilayat di halaman makam suci Fatimah Masumah (as) - Qom.

Laporan IQNA, dari Qom, menurut laman berita wilayah Muqaddas Hazrat Masumah (as), pameran Ghadir pada kesempatan sepuluh hari Imamah dan Wilayat bermula dari Aidil Adha dan akan berterusan sehingga 20 Zulhijah. 

Pameran ini terbuka kepada jemaah ziarah setiap hari dari jam 19:00 hingga 23:00 di dataran Hazrat Javadul-Aimah (as) dekat makam hazrat Fatimah Masumah di Bandar Qom, Iran.

Diingatkan bahawa dengan menghadiri pameran ini, pengunjung boleh mengunjungi gerai-gerai simbol Kolam Ghadir Khum berserta penceritaan peristiwa Ghadir, replika maqam Hazrat Ali, gerai hiburan kanak-kanak Ghadiri, gerai kaligrafi, persoalan Syariah, dan gerai fotografi kanak-kanak Ghadiri bersama-sama dengan Cetak foto percuma untuk para pelawat.

4222611

tanda nama: Ghadir Khum
captcha