Peringkat akhir bahagian fonetik pertandingan Al-Quran peringkat kebangsaan ke-47 yang akan bermula pada 12 bulan Azar yang bersamaan dengan 1 Disember, dihoskan oleh bandar Tabriz, dan akan berterusan sehingga hari-hari terakhir bulan ini.
Bagi menjadikan khalayak lebih mengenali para qari dan penghafaz Al-Quran (bidang hafazan keseluruhan), IQNA memperkenalkan golongan elit ini yang telah ke peringkat akhir pertandingan ini, yang merupakan acara terpenting dan tempat berkumpulnya elit Al-Quran terkemuka negara Iran.
Seorang lagi penghafaz Al-Quran yang hadir dalam Pertandingan Al-Quran Peringkat Kebangsaan edisi ke-47 ialah Milad Asyiqin, Penghafaz muda yang nama dan reputasinya semakin meningkat dalam masyarakat kerana kehadirannya yang berterusan dalam kalangan finalis Pertandingan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan juga dihantar ke pertandingan Al-Quran antarabangsa telah didengari sehingga beliau disebut dalam kalangan Ahli Al-Quran yang terkenal.
Milad Asyiqin adalah finalis dalam bidang hafazan keseluruhan Al-Quran dalam pertandingan Al-Quran peringkat kebangsaan ke-47 dan wakil wilayah Azerbaijan Timur dalam acara kebangsaan Iran terpenting dalam bidang Al-Quran.
Beliau dilahirkan pada 2 Bahman 1378HS di bandar Tabriz, mula menghafal Al-Quran sejak usia lapan tahun dengan sokongan ibunya. Seorang ibu yang bersamanya sebagai insentif dalam semua pertandingan.
Antara pertandingan yang pernah dimenangi oleh penghafaz muda ini, bolehlah kita sebutkan tentang Festival Al-Quran Peringkat Kebangsaan pelajar-pelajar tanah air Iran. Tempat ketiga dalam pertandingan Al-Quran kebangsaan Republik Islam Iran, tempat pertama dalam pertandingan pelajar kebangsaan, dan kedudukan teratas dalam pertandingan wakaf kebangsaan dalam kumpulan umur bawah 16 tahun adalah gelaran lain yang dibanggakan oleh penghafal Al-Quran.
Pertandingan Al-Quran terakhir yang disertai Milad Asyiqin ialah Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke-9 di Turki, acara yang diadakan pada bulan November tahun ini, di mana Milad Asyiqin memenangi tempat kedua dalam bidang menghafaz keseluruhan Al-Quran dan dianugerahkan oleh Presiden Erdogan, walaupun ramai pakar Al-Quran percaya bahawa beliau layak mendapat pangkat pertama acara ini.
Tahun lalu, Asyiqin turut menyertai pertandingan Al-Quran peringkat antarabangsa ke-12 di Kuwait, namun tidak berjaya menduduki ranking di sana. Semasa remaja, Milad Asyiqin telah mengambil bahagian sebagai wakil negara Republik Islam Iran dalam pertandingan Al-Quran antarabangsa UAE.
Penghafaz Al-Quran ini kini merupakan pelajar tahun enam perubatan di Universiti Sains Perubatan Tabriz. Penganjuran Festival Al-Quran dan Itrat Peringkat Kebangsaan ke-38 pelajar negara yang diadakan pada September tahun ini, merupakan peluang kepada penghafaz Al-Quran untuk menunjukan kebolehan dalam bidang pertandingan dengan penghafaz Al-Quran.
Dalam Jawatankuasa Pelaksana Festival Pelajar Al-Quran dan Itrat Kebangsaan, beliau telah melakukan yang terbaik untuk kota Tabriz dan Universiti Sains Perubatan bandar yang juga berjaya menganjurkan Festival Al-Quran.
Penghafaz Al-Quran ini meyakini bahawa kemuncak tarikan dan kenikmatan Al-Quran tercapai apabila terdapat keikhlasan dalam bacaan dan tindakan terhadap kata-kata wahyu dalam tingkah laku.
4249537