Laporan IQNA; Di luar acara Festival Filem Fajar ke-43, sesi soal jawab filem “Musa Kalimullah” telah diadakan pada 6 Februari lalu di Menara Milad « برج میلاد».
Dalam pertemuan ini, Ibrahim Hatamikia «ابراهیم حاتمیکیا»; Pengarah, Syed Mahmud Razavi «سیدمحمود رضوی»; Penerbit, pelakon, dan krew filem lain telah hadir.
Kami membuat filem berdasarkan Al-Quran.
Menjawab soalan wartawan IQNA mengenai sumber sejarah dan naratif filem itu, beliau berkata: "Saya boleh menerangkan asas naratif filem perang dan sosial yang saya buat, tetapi dalam filem ini, dua pakar filem dan penyelidik yang memulakan kerja mereka sejak filem itu ditulis oleh Farajullah Salahsyur «فرجالله سلحشور» boleh menjawab soalan ini. Namun, saya boleh menyatakan dengan jelas satu perkara: asas naratif cerita ini adalah "Al-Quran" «القرآن» dan disampingnya juga digunakan sumber lain.
Pengarah itu menyatakan: "Saya sentiasa cuba memberikan filem yang saya buat pasti memberi rasa faham terhadap makna "Penantian" «انتظار», sama ada filem perang atau genre lain, jika makna ini saya tidak menemukannya, saya pun tidak tahu bagamana memulai dan menyimpulkan akhir kisahnya.
Sebahagian daripada filem tentang Nabi Musa (as) juga mempunyai rasa "Penantian". Kalau tak jumpa konsep ini, saya tak tahulah macam mana nak susun cerita untuk masuk.
Pengarah filem menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama seorang wanita mendapat inspirasi dalam filem: "Ini bukan kehendak peribadi saya, dan Al-Quran menyatakannya dengan jelas, dan sebenarnya menyatakan bahawa wanita ini diilhamkan/diberi inspirasi. Saya hanya menggambarkannya."
Mustafawi «مصطفوی», salah seorang penyelidik sejarah filem "Musa Kalimullah," menjawab soalan wartawan IQNA seperti berikut: "Kami menganggap para nabi itu maksum dan mengatakan bahawa semua tingkah laku dan ucapan mereka adalah berdasarkan wahyu ilahi. Dalam kisah, Nabi Musa (as) bukan sahaja seorang pahlawan, tetapi beliau juga diutus oleh Allah, dan segala perbuatannya adalah bersumberkan perkataan dan firman Allah. Penyelidikan kami mengenai perkara ini juga meluas. Saya ingin menambah bahawa kami mula meneliti karya ini pada tahun 2009, bersama-sama dengan Farajullah Salahsyur, pengarah pertama filem itu, yang meninggal dunia semasa pembikinan filem itu.
4264460