IQNA

Penganjuran Perayaan Ghadir bercorak Anti-Zionis di Tehran dan Seluruh Negara

17:48 - June 14, 2025
Berita ID: 3106558
IQNA - Majlis Penyelaras Propaganda Islam dalam satu kenyataan menegaskan bahawa program sambutan Ghadir tahun ini akan menjadi program Ghadir paling anti-Zionis yang pernah dianjurkan di Tehran dan di seluruh pelosok negara ini.

Laporan IQNA, memetik kenyataan daripada Jabatan Perhubungan Awam Majlis Penyelaras Propaganda Islam; Kenyataan rasmi kedua majlis ini menekankan bahawa program sambutan Ghadir akan dilaksanakan dengan pendekatan paling tegas menentang Zionisme.

Teks kenyataan tersebut adalah seperti berikut:

فَلَمَّا آسَفُونَا انْتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِینَ
"Maka tatkala mereka menyebabkan Kami murka, Kami menghukum mereka lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya." (Qs, Az-Zukhruf; 55).

Rakyat Iran menyambut Hari Allah Ghadir dalam keadaan berdukacita atas kekejaman rejim Zionis yang belum pernah terjadi sebelum ini, termasuk serangan semalam ke atas tanah air Iran. Rakyat kini berkabung atas kehilangan para pejuang tentera yang berani, saintis nuklear beriman, serta orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Maka, dengan sepenuh rasa cinta dan taat kepada Imam Muttaqin dan Amirul Mukminin (Ali a.s.), kami mengumumkan bahawa program sambutan Ghadir akan menjadi yang paling anti-Zionis di Tehran dan seluruh negara. Rakyat Iran yang berani akan menyuarakan kemarahan dan kesedihan mereka melalui satu perhimpunan besar-besaran yang bersatu padu.

Mereka, dengan meneladani Imam penakluk Khaybar, Amirul Mukminin Ali a.s., akan menuntut "pembalasan nasional" «انتقام ملی» untuk kematian para syuhada, dan mereka akan melaungkan slogan "Jiwaku untuk Iran" «جانم فدای ایران» sebagai tanda sokongan kepada tanah air dan pengorbanan para pahlawan negara.

4288494

captcha