IQNA

Ketua Persatuan Syiah Jaafari Yaman Telah Dibunuh Oleh Al-Qaeda

21:52 - May 13, 2013
Berita ID: 2532993
Kumpulan Antarabangsa: Semalam 12 Mei, ketua persatuan syiah Jaafari Yaman telah dibunuh oleh kumpulan Al-Qaeda di daerah Rada’a.
Menurut Laporan Agensi Berita Antarabangsa Al-Quran (IQNA), dipetik dari surat khabar (Darul Hayat) cetakan Arab Saudi, satu sumber Yamani memberitahu:”Semalam zuhur, dua orang yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda telah menembak mati Ali bin Ali Fari’, ketua persatuan syiah Jaafari Yamani.”
Sumber ini turut berkata: “Kedua-dua mereka menaiki motor ketika melepaskan tembakan.” Menurut sumber ini Ali bin Ali Fari’ sebelum ini telah beberapa kali diugut bunuh oleh kumpulan Al-Qaeda kerana bermazhab syiah.
Pengikut-pengikut syiah Yaman adalah masyarakat minoriti di Yaman dan kerajaan Yaman tidak mengiktiraf mereka sebagai kumpulan atau mazhab yang rasmi.
Syiah di wilayah Saada, Yaman, sama sekali tidak mendapat hak-hak sosial dan politik mereka, dan perkara ini berpunca dari arus wahabi di Negara-negara Arab.
1227130
captcha