IQNA

Kapal Orang-Orang Islam Rohingnya Tenggelam Di Myanmar

23:22 - May 14, 2013
Berita ID: 2533656
Kumpulam Antarabangsa: Selasa, 14 Mei, sebuah kapal yang membawa orang-orang Islam Rohingnya tenggelam di Teluk Bengal, Myanmar.
Menurut laporan Berita Antarabangsa Al-Quran (IQNA), dinukilkan dari laman web “romandie”, dikhabarkan bahawa pada hari ini,selasa, telah tenggelam sebuah kapal yang membawa orang-orang Islam Rohingnya di perairan Myanmar.
Kapal ini telah berangkat dari “Pauktaw”, Myanmar pada hari Isnin, dan hari ini tenggelam disebabkan angin yang kuat.
Dengan pegumuman berita ini, jurucakap PBB berkata: “Sehingga sekarang statistik bilangan mangsa qurban kemalangan ini masih belum diketahui.”
Kapal tadi membawa kira-kira 100-150 orang-orang Islam Rohingnya. Masyarakat Islam Myanmar yang tidak diiktiraf oleh kerajaan, telah lama menjadi mangsa keganasan pelampau Buddha-buddha.
Kerana bertambahnya serangan Buddha-buddha keatas masyarakat Islam Myanmar, seperti membunuh, menyeksa dan membakar rumah dan masjid, PBB mengumumkan bahawa tidak ada cara lain bagi mereka selain berhijrah ke Negara-negara jiran. Akan tetapi kerana sulitnya perjalanan dan tidak ada kemudahan yang sesuai, ,maka ramai yang kehilangan nyawa didalam perjalanan ini.
1228012
captcha