Kumpulan Antarabangsa: Ahad, 19 Mei, Kumpulan anti Islam telah menunjukkan sikap perkauman dengan menyerang sekali lagi masjid di daerah Limoges, Perancis.
Kumpulan Antarabangsa: Ahad, 19 Mei, Kumpulan anti Islam telah menunjukkan sikap perkauman dengan menyerang sekali lagi masjid di daerah Limoges, Perancis.
Dilaporkan dari laman berita “Saphirnews” , masjid di daerah Limoges, dikawasan limosin Perancis, telah menjadi sasaran serangan anti Islam sebanyak empat kali semenjak Julai 2012.
Ketika memasuki masjid pada jam 4.40 pagi, penjaga masjid mejumpai darah berdekatan dengan pintu utama masjid. Perkara ini dilaporkan kepada ketua persatuan Islam di Limoges dan mereka telah meminta bantuan polis.
Majlis Persatuan Islam Perancis mengecam perbuatan anti Islam ini dan berkata: “Ini merupakan kali keempat semenjak Julai 2012 masjid ini menjadi sasaran serangan Anti Islam.”
Majlis Islam Perancis meminta supaya masyarakat Islam Perancis bertenang dalam menghadapi serangan Anti Islam ini.
1230788