IQNA

Diskriminasi Pekerjaan Keatas Wanita Berudung Di Amerika

22:50 - May 26, 2013
Berita ID: 2539106
Kumpulan Antarabangsa: Satu kajian baru di Amerika menunjukkan bahawa wanita bertudung lebih tertedah kepada diskriminasi pekerjaan berbanding yang lain dan para majikan lebih mengutamakan mereka yang tidak berpakaian agama.
Kumpulan Antarabangsa: Satu kajian baru di Amerika menunjukkan bahawa wanita bertudung lebih tertedah kepada diskriminasi pekerjaan berbanding yang lain dan para majikan lebih mengutamakan mereka yang tidak berpakaian agama.
Menurut laporan laman berita “On Islam”, Sonia Ghumman, penolong profesor, University of Hawaii berkata: “Kami telah menjalankan kajian lapangan tentang peratusan diskriminasi wanita bertudung dalam pekerjaan.
Ghumman berkata: “Dalam kajian ini kami telah menghantar para mahasiswi yang berumur antara 19-22 tahun untuk mencari pelbagai pekerjaan di Amerika dan hasil kajian menunjukkan bahawa mahasiswi yang memakai tudung Islam menghadapi pelbagai diskriminasi berbanding yang lain.”
Diskriminasi ini dapat dilihat samada secara jelas dan tidak yang diungkapkan dengan lisan dan perlakuan mereka.
Kajian ini bukanlah kajian pertama yang dilakukan tentang diskriminasi wanita bertudung di Amerika. Sebelum ini satu kajian dengan tajuk “ Penolakan dan diskriminasi keatas wanita bertudung” telah dijalankan dengan bantuan Profesor Anne Mary Ryan, profesor Michigan State University.
Kajian-kajian ini menunjukkan bertambahnya pandangan negatif terhadap masyarakat Islam terutamanya wanita bertudung.
1233660
captcha