Dipetik dari berita The Guardian, dengan mewujudkan satu unit baru pasukan petugas anti-keganasan, Britain akan mengawal para Imam masjid supaya mereka tidak menyampaikan sebarang ucapan radikal.
Theresa May, menteri dalaman Britain berkata: “Kumpulan ini akan menindas mubaligh-mubaligh pelampau.”
May dalam temuduganya dengan BBC berkata: “Penapisan laman web, meringankan Undang-undang untuk mengharamkan aktiviti-aktiviti kumpulan Islam, mengenakan tekanan kepada universiti, masjid untuk mengharamkan dakwah-dakwah dan menutup sekolah-sekolah Islam adalah antara program-program lain yang akan dijalankan.
Menurut pelbagai laporan, semenjak pembunuhan askar Britain pada 23 Mei, sebanyak 160 gerakan anti Islam telah dilakukan.
Nota: Rabu, 23 Mei, seorang askar Britain diserang oleh dua lelaki yang tidak dikenali, dan mereka meminta masyarakat sekeliling supaya merakam pembunuhan ini. Salah seorang dari mereka mengatakan kepada seorang saksi bahawa dia adalah seorang muslim dan dia melakukan perbuatan ini untuk membalas dendam keatas peperangan yang dilakukan barat keatas negara-negara Islam.
1234710