Laporan IQNA; Farajullah Mir Arab, ahli lembaga saintifik Institut Penyelidikan Sains dan Kebudayaan Islam, membincangkan Mahdism dan Penungguan (المهدویة و انتظار الفرج) - Mahdawiyat dan Penungguan kedatangan Mahdi -Ajjalallahu farajahusy-Syarif- dalam pemikiran Ayatullah Safi Gulpayegani di kerusi kajian akademik ke-8 dengan topik "Keaslian Mahdism" - «اصالة المهدویة».
Ayatullah Safi Gulpayegani telah menulis sebuah buku kecil bernama "Keaslian Mahdism". Keaslian - اصالة - Isalat dalam perkataan bermaksud sesuatu yang berakar umbi, dan insan asil - انسان اصیل - 'orang asli' bermaksud orang yang mempunyai akar umbi bangsa, klan dan keluarganya. Keaslian (اصالة) juga bermaksud mendalam, tepat dan tepat terperinci, dan Mahdism adalah pemikiran tentang Hazrat Mahdi (as), yang ditafsirkan sebagai kepercayaan kepada harapan di kalangan manusia - salah satu kepercayaan yang dijanjikan untuk masa depan umat manusia global - Al-Mau'ud (الموعود).
Alasan pertama Allahyarham; tentang keaslian Mahdism ialah penerimaan rasional dan penyesuaian pemikiran Mahdism kepada prinsip rasional. Beliau percaya bahawa Mahdism adalah idea yang munasabah dan sekeras mana pun akal mencuba berdalih untuk menolak, ia tidak akan boleh menolak idea ini.
Al-Quran telah berkata:
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Qs, Al-Mu'minuun 23:115).
Jika kita tidak dapat menerima kesia-siaan dan kekosongan, maka mesti ada rancangan yang teratur dan tepat dan mesti ada perantara antara (خالق لایتناهی) - Khaliq laa yantahi - Pencipta yang tidak berakhir dan makhluk yang keberadaannya akan berakhir (موجود المتناهی) - maujuudul mutanaahi.
Dari sudut pandangan rasional, sudah tentu ada kemungkinan untuk membuktikan kewujudan yang sedemikian.
Rasionalitas pemikiran Mahdism
Beliau telah berkata bahawa jika idea ini telah dikemukakan dengan cara yang stabil dan tegas, itu kerana ada dalil munasabah dan logik.
Almarhum Mulla Sadra membuktikan rantaian nasab Imamah Hazrat Mahdi (as) dan percaya bahawa dalam sistem penciptaan dan sistem manusia, mesti ada makhluk yang layak untuk berkomunikasi dengan Tuhan sebagai penghubung di kalangan manusia biasa, dan makhluk penghubung ini harus lebih tinggi dan mulia dari kalangan semua makhluk dan Manusia, jika tidak, tidak akan ada kemungkinan komunikasi manusia dengan Tuhan. Berdasarkan ini, beliau menganggap kewujudan seorang imam yang hidup yang bercirikan sedemikian perlu pada setiap masa.
Kesesuaian dengan Fitrat (alam semula jadi)
Alasan kedua Ayatullah Safi Gulpayegani tentang keaslian Mahdism adalah kesesuaiannya dengan alam semula jadi - fitrat. Fitrat manusia mengatakan bahawa saya mempunyai harapan pada sistem alam kewujudan, hati dan jiwa saya bersaksi bahawa sistem kewujudan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, dan bahawa Tuhan tidak memasukkan manusia yang lemah ke dalam ciptaan tanpa pengantara dan penolong, dan manusia akan diselamatkan dengan sokongan dan bimbingannya. Fitrah manusia mahukan Mahdi (pembimbing) dan menuntut Mahdisme.
Satu lagi sebab Ayatullah Safi untuk keaslian Mahdism adalah banyaknya hadis dan berita yang kerap tentang pemikiran ini.
Riwayat-riwayat kedua firqah besar muslimin adalah bukti untuk membuktikan Mahdisme; Ketika Hazrat Mahdi (as) belum lahir, terdapat riwayat Nabi (SAW) dan imam-imam suci AhlulBaitnya (SAW) juga yang mengajak manusia kepada pemikiran ini dan dengan cara ini memberi harapan kepada manusia.
Pandangan Ayatullah Safi ialah apabila hadith-hadith mutawatir (diriwayatkan daripada kumpulan yang berbeza), semua umat Islam bersetuju bahawa Mahdism adalah pemikiran asil dan sesuai dengan fitrat.
Dalil berikut juga membuktikan kebenaran Mahdism, iaitu kebergantungan Mahdism kepada tauhid adalah satu lagi sebab penting bagi Ayatullah Safi untuk membuktikan keaslian Mahdism.
Apabila Tuhan dan pencipta alam semesta adalah satu, tentu mesti terdapat juga rancangan yang satu, dan tidak boleh dikatakan bahawa Tuhan telah meninggalkan sistem kewujudan tanpa rancangan. Tuhan mesti menguruskan sistem dan pengurusan ini mesti melalui satu wujud juga. Memandangkan tidak ada nabi pada zaman kita dan nubuatan telah berakhir, oleh itu seorang pengurus mesti datang dari Tuhan juga dengan pangkat lain untuk memberikan penghakiman dan keadilan. Dari pandangan Ayatullah Safi, wujud yang sebegitu hanyalah Mahdi dan tiada orang lain selain dia (afs).