IQNA

Surah-surah Al-Quran (6)

Surah Al-Anaam: Deklarasi Persatuan Akidah dan Syariah

14:05 - June 06, 2022
Berita ID: 3101139
TEHRAN (IQNA) - Surah An'am merujuk kepada kisah Nabi Ibrahim (as) dan kenabian anak-anaknya serta memperkenalkan agama Islam sebagai penerus jalan dan matlamat para nabi terdahulu.

Surah Al-Anaam: Deklarasi Persatuan Akidah dan SyariahLaporan IQNA; Nama surah keenam Al-Quran ialah -«اَنعام» - "An'am" yang bermaksud 'Haiwan Ternak berkaki empat'. Surah ini mempunyai 165 ayat yang termasuk dalam juzuk ketujuh dan kelapan. Surah An'am dalam susunan wahyu adalah surah kelima puluh lima yang diturunkan kepada Nabi Islam (SAW) dan merupakan surah Makkiyah. Dalam surah-surah Makkiyah, lebih banyak diulang-ulang penjelasan mengenai prinsip-prinsip akidah agama iaitu Tauhid, Kenabian dan Kebangkitan.

Surah An'am adalah salah satu surah yang seluruh ayatnya diturunkan kepada Nabi (SAW) di satu tempat. Ia juga merupakan salah satu surah Hamidat -حامدات - kerana dimulakan dengan pujian kepada Allah.

Sebab menamakan surah ini sebagai "An'am" adalah kerana membicarakan tentang lembu dalam lima belas ayatnya. Surah ini merujuk kepada binatang ternakan seperti lembu, biri-biri, unta dan kambing.

Tujuan utama surah ini adalah untuk menyatakan Tauhid dan membuktikan Tuhan yang satu bagi manusia dan sekalian alam.

Untuk tujuan ini, kisah percakapan Nabi Ibrahim (as) dengan orang-orang kafir tentang kesia-siaan menyembah bintang, bulan dan matahari disebut dalam surah ini. Berikutan kenyataan kisah ini, Allah swt menyebutkan penerimaanNya terhadap permintaan Nabi Ibrahim (as) untuk kenabian Ishak (as) dan Yakub (as) serta keturunan Ibrahim (as) yang lain.

Senarai nama para nabi yang paling banyak - 17 nama Nabi - disebut dalam bahagian surah ini. Dan kemudian menetapkan Nabi Islam (SAW) sebagai pewaris dan pengganti semua nabi Ilahi itu, dan mewajibkan baginda Ibrahim (as) untuk mengisytiharkan bahawa dakwahnya kepada Islam bukanlah bersifat kebangsaan atau etnik, dan bahawa dia ditujukan kepada semua manusia diseluruh dunia tidak kira etnik dan bangsa.

Surah Anaam adalah pengumuman kesatuan akidah dan syariat Islam. Sepanjang surah ini, pernyataan pendirian adalah jawapan kepada keraguan dan bantahan terhadap penentang Islam dan para penentang Tuhan, yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW melalui surah ini.

Pengulangan kata kerja "Qul -قُل‌ْ -" : yang bermaksud perintah; "katakanlah!" sebanyak 44 kali dalam surah ini adalah penekanan yang berturut-turut dalam menghadapi keraguan, yang dikemukakan sebagai hujah terhadap orang musyrik dan penentang Tauhid, Kenabian dan Hari kebangkitan Akhirat. Usaha berterusan Al-Quran untuk memperbetulkan Akidah manusia khususnya tentang ketuhanan dan ibadat ditunjukkan dalam surah ini.

Berita Berkaitan
captcha