IQNA

Surah-surah Al-Quran (21)

"Satu Umat"; Penerangan Al-Quran tentang penganut agama yang sebenar

6:57 - July 30, 2022
Berita ID: 3101305
TEHRAN (IQNA) - Dalam Surah al-Anbiya, sejarah 16 nabi ilahi dinyatakan untuk mencapai kesimpulan bahawa semua nabi mengikuti jalan yang sama dan matlamat yang sama dan semua pengikutnya adalah dalam bentuk satu umat, walaupun terdapat individu dan kumpulan yang menyerah kepada musuh dengan menjual perpaduan ini.

Laporan IQNA; Surah al-Anbiya - الانبیاء -"Nabi-nabi" - adalah surah kedua puluh satu Al-Quran dan salah satu surah Makiyah, yang diletakkan di juzuk ke 17 dengan 112 ayat, dan merupakan surah ketujuh puluh tiga dalam urutan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Islam (SAW), sejurus sebelum hijrahnya ke Madinah.

Dalam ayat 48 hingga 90 surah ini, menyebut nama 16 nabi, termasuk mengenai Nabi Islam (SAW) dan Isa (as), nama-nama mereka disebut atas sebab ini, mereka menamakan surah ini sebagai surah "Nabi-nabi".

Surah ini diturunkan sejurus sebelum Nabi Islam (SAW) berhijrah ke Madinah. Pada zaman penduduk Makkah berada di puncak kesombongan dan tidak menghiraukan Nabi dan Al-Quran. Sehubungan itu, dalam surah ini tergambar akibat dari tingkah laku orang-orang kafir dan musyrik yang tidak lain hanyalah azab Ilahi yang berat.

Kandungan umum surah ini terbahagi kepada dua bahagian: akidah dan kisah sejarah.

Dalam bahagian akidah, tujuan surah ini adalah untuk memberi amaran kepada manusia tentang kelalaian mereka terhadap hari kebangkitan kembali setelah kematian- Yaumul miaad - یوم المعاد -, wahyu dan misi utusan Ilahi.

Dalam bahagian kisah sejarah, beliau menyebut ketidakpedulian manusia terhadap arahan dan amaran para nabi, yang mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan.

Antara perangai biasa yang dihadapi oleh semua nabi ialah diabaikan dan dipermainkan.

Selepas memberi amaran kepada penentang Nabi Islam, surah ini berkaitan dengan kisah Nabi Musa (as) dan Harun (as) serta kisah Nabi Ibrahim (as) dan seterusnya kisah Nabi Luth (as), Nuh. (as), Daud (as), Suleiman (as), Ayyub (as), Ismail (as), Idris (as) dan Zulkifli (as), Dhul-Nun (Yunus) (as) dan kisah Hazrat Zakaria (as) dan Hazrat Maryam (as), selepas menceritakan kisah-kisah ini, kandungan surah ini sampai pada kesimpulan bahawa Tuhan telah menjadikan manusia sebagai "satu bangsa"-«امت‌ واحدة» umat yang satu - , walaupun perpaduan ini telah diputarbelitkan dalam pelbagai cara dari semasa ke semasa.

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ وَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ كُلٌّ إِلَيْنَا رَاجِعُونَ

"Sesungguhnya ini umat kamu (menunjuk kepada manusia yang hidup di era kedatangan Agama Islam), suatu umat yang satu bagi agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. (Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan)." (Qs, Al-Anbiya 21:92-93).

Dalam dunia hari ini, sesetengah orang berpendapat bahawa moto Islam mencapai «امت واحده» "Umat yang satu", untuk mempromosikan Islam dan menghapuskan agama lain, tentu hal ini tidak benar; manakala penganut semua agama boleh ada dengan menekankan persamaan agama dan saling menghormati kepercayaan agama masing-masing dan kepercayaan agama orang lain, semestinya ajakan Islam dipahami sebagai "orang beragama bersatu", jauh daripada sebarang pencerobohan dan ketidaksamaan, hidup dengan aman antara satu sama lain berdasarkan noktah ajaran Agama yang semua Agama mengajari hal itu.

Sebaliknya keterlaluan dan mencari kuasa golongan tertentu, perpaduan dan empati ini tidak terbentuk dalam kalangan penganut agama.

Walau bagaimanapun, Al-Quran memberikan berita gembira bahawa orang benar, orang baik dan soleh adalah pewaris bumi dan peraturan keadilan dan persamaan akan tersebar di bumi:

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Qs, Al-Anbiya 21:105).

Berita Berkaitan
captcha