IQNA

Surah-surah Al-Quran (10)

Surah Yunus; Cabaran besar Al-Quran bagi orang-orang yang mendustakan

11:19 - June 13, 2022
Berita ID: 3101158
TEHRAN (IQNA) - Kisah para nabi, khususnya konfrontasi mereka dengan orang-orang yang mendustakan agama, menjadi pembentuk sebahagian daripada ayat-ayat Al-Quran; Ayat-ayat dari Surah Yunus mengajak orang-orang ini, terutama orang-orang yang mendustakan Al-Quran, kepada cabaran yang sukar!

Laporan IQNA, beberapa surah telah dinamakan sempena nama nabi-nabi Ilahi, yang pertama ialah Surah Yunus. Nama Hazrat Yunus disebut 4 kali dalam Al-Quran.

Surah Yunus adalah surah kesepuluh dalam Al-Quran yang disebut di juzuk kesebelas. Surah ini, yang merupakan surah Makkiyah, mempunyai 109 ayat dan merupakan surah kelima puluh satu yang diturunkan kepada Nabi Islam (SAW) mengikut urutan penurunan wahyu.

Sebab diberi nama surah Yunus, kerana ada menceritakan kisah Nabi Yunus dan kisah keselamatan umat Nabi Yunus (as) dari azab Allah. Dalam kisah Nabi Allah Yunus (as) mengatakan bahawa ketika Nabi Yunus pergi kepada satu masyarakat sukunya untuk memberi bimbingan dan hidayah, tetapi tidak lama kemudian melarikan diri dari mereka dan menaiki sebuah kapal hingga kisah ikan Paus menelannya. Dan kemudian Nabi Yunus diselamatkan dan dihantar kembali kepada kaumnya, disaat orang ramai dari kaumnya telah beriman kepada dakwahannya tentang ketuhanan Allah swt.

Dalam surah ini, selain kisah Nabi Yunus, juga disebutkan kisah nabi-nabi yang lain. Termasuk kisah Nuh, pembinaan bahtera dan banjir umat Nuh; Kisah Musa dan jemputan Firaun, konfrontasi dengan ahli sihir dan mukjizat menyeberangi laut dan tenggelamnya Firaun.

Selain itu, Surah ini juga menjelaskan kesukaran Nabi Islam (SAW) dalam menghadapi kaum musyrikin. Orang musyrik mempersoalkan mukjizat Nabi, khususnya Al-Quran, maka Al-Quran mencabar mereka untuk membuat sesuatu yang seperti mukjizat Nabi (SAW).

Tujuan surah ini adalah untuk menekankan isu tauhid. Menurut sebahagian ahli tafsir, surah ini diturunkan setelah kaum musyrikin mengingkari isu wahyu dan mukjizat Nabi dan menamakan Al-Quran sebagai sihir.

Dalam Surah Yunus terdapat ayat-ayat tentang isu-isu seperti menyatakan tanda-tanda kekuasaan Allah, sebab-sebab pembuktian kewujudan Allah, wahyu, kenabian dan kengutusan para nabi.

Ayat-ayat surah ini juga menceritakan tentang kedegilan dan keingkaran orang-orang musyrik dan mengajak mereka kepada fitrah sebenar mereka. Dalam surah ini juga menyebut orang-orang yang beriman dengan sifat-sifat mereka yang mengingati Tuhan yang satu iaitu Allah swt ketika mereka ditimpa kesusahan.

Berita Berkaitan
captcha