IQNA

Surah-surah Al-Quran (18)

Kisah-kisah menakjubkan Surah Al-Kahfi

13:44 - July 13, 2022
Berita ID: 3101249
TEHRAN (IQNA) - Di antara kisah-kisah Al-Quran, terdapat riwayat-riwayat yang juga disebut dalam kitab-kitab agama lain. Kisah kesusahan orang-orang Kristian, pengikut asli nabi Isa (as) yang berlindung di dalam gua dan kisah persahabatan Hazrat Musa (as) dengan Khidhir adalah antara perkara kisah yang disebut dalam Surah Al-Kahfi.

Laporan IQNA; Surah "Al-Kahf"-«سورة الکهفِ» - adalah surah ke-18 dan salah satu daripada surah Makiyah, yang mempunyai 110 ayat dan ditempatkan dalam juzuk ke-15 dan ke-16 dalam Al-Quran, surah "Al-Kahf" adalah wahyu yang ke-69 yang diturunkan kepada Nabi (SAW).

'Kahf' bermaksud 'Gua'. Sebab surah ini dinamakan 'Gua' adalah untuk memperkatakan kisah sekumpulan penganut Nabi Isa as yang digelar sebagai "Sahabat Gua" -Ashabul Kahfi «اصحاب الکهف»-.

Surah Kahfi dengan menyentuh rasa takut dan harapan, mengajak manusia beriman kepada kebenaran dan amal soleh.

Dalam surah ini ditegaskan bahawa Allah tidak mempunyai anak; yang disasarkan oleh surah ini adalah pemilik kepercayaan dualisme Tuhan yang mempercayai bahawa malaikat, jin dan orang-orang soleh adalah anak-anak Tuhan.

Surah ini telah menceritakan tiga kisah yang menakjubkan: kisah Sahabat Gua, kisah persahabatan Musa (as) dan Khidir (as) dan kisah Dzul-Qarnain -ذی القرنین- .

Mendorong ketaqwaan dan takut kepada Allah serta meniadakan pasangan yang setara atau sekutu dengan Allah SWT adalah pengajaran yang boleh diambil daripada kisah-kisah ini.

Kisah pertama berkaitan dengan Ashabul Kahfi; Orang-orang beriman Masehi (pengikut Nabi Isa al-Masih as) yang bersembunyi di dalam gua daripada penindasan Daqianus (201-251 M) dan tertidur selama kira-kira tiga abad.

Mereka bangun tiga ratus tahun kemudian, dan selepas mereka memasuki bandar secara rahsia, mereka terkejut dengan perubahan di sekeliling bandar mereka.

Salah satu hal yang menakjubkan adalah mereka sendiri telah tidur selama 3 abad; Pada masa ini, telah berlalu kematian raja yang kejam - Daqianus , dan penganut Kristian telah menjadi golongan mayoriti.

Bahagian lain dari surah ini merujuk kepada kisah persahabatan Musa (as) dengan seorang lelaki soleh yang telah dikenalpasti oleh para ahli Tafsir sebagai Hazrat Khidir (as).

Dalam perjalanan ini, Khidir melakukan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh Musa dan membuatnya bingung dan terganggu, tetapi apabila Khidir menjelaskan sebab tindakannya, dia menyedari rahsia itu dan menyesali ketidaksabarannya.

Bahagian lain dari surah ini menerangkan kisah Dzul-Qarnain, bagaimana dia mengembara ke timur dan barat dunia dan bertemu dengan pelbagai suku, dan akhirnya, dengan bantuan sekumpulan orang, dia berdiri menentang konspirasi Ya'juj dan Ma'juj dan meletakkan penghalang besi di jalan mereka dan memutuskan pengaruh mereka.

Terdapat perbezaan pendapat tentang sifat Dzul-Qarnain. Ada yang memperkenalkannya sebagai nabi Allah dan ada pula yang memperkenalkannya sebagai raja yang beragama, namun gambaran Al-Quran tentang Dzul-Qarnain adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, memiliki pemerintahan kuat dan Tuhan mengaruniai fasilitas kemajuan dibawa kuasanya.

Ya'juj dan Ma'juj adalah nama orang atau kaum yang disebut dalam Al-Quran dan teks agama Yahudi dan Nasrani.

Dalam teks agama, Ya’juj dan Ma’juj diperkenalkan sebagai kumpulan yang kejam menganggu dan merompak harta benda orang lain, yang mana Dzul Qarnain menghalang pengaruh mereka dengan membuat penghalang terbuat dari besi.

Pemberontakan kali kedua Ya'juj dan Ma'juj adalah salah satu tanda kiamat dalam Al-Quran dan teks agama Kristian dan Yahudi.

Berita Berkaitan
captcha