IQNA

Apa kata Al-Quran /8

Penghargaan dan hormatnya seiring tauhid

6:56 - June 11, 2022
Berita ID: 3101151
TEHRAN (IQNA) - Tauhid adalah konsep paling asas dalam Al-Quran dan menjadi pusat segala ajarannya. Menariknya, di samping isu penting ini, terdapat orang yang dihormati sebagai teras kepercayaan kepada tauhid.

Laporan IQNA; Memuliakan dan menghormati ibu bapa adalah salah satu ajaran akhlak yang terpenting dalam Islam. Penciptaan material manusia berlaku melalui mereka dan ibu bapa adalah pengantara kehidupan manusia. Seandainya seseorang itu berbuat baik dan berkebajikan sedikit pun kepada manusia, akal menganggap perlu berterima kasih dan menghargainya, kini ibu bapa adalah lambang kebaikan kepada anak dan menumpukan hidup mereka untuk didikannya, insan yang paling berjasa yang paling layakuntuk menerima Penghormatan dan penghargaan.

Dalam beberapa ayat, Al-Quran menyebut rasa terima kasih kepada ibu bapa dalam barisan bersyukur kepada Tuhan dan kebajikan kepada mereka bersama-sama dengan perintah tauhid, yang merupakan asas agama, yang menunjukkan betapa pentingnya amalan ini:

Apabila kita sudah dewasa dan nampaknya tidak lagi memerlukan bantuan dan sokongan ibu bapa, adakah masih perlu berterima kasih dan menghargai mereka? Apabila ibu bapa sudah tua dan tidak mampu lagi membantu manusia, adakah mereka masih layak dihormati?

Al-Quran merujuk kepada perkara menghargai dan menghormati ibu bapa ini dalam ayatnya:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Qs, Al-Israa' 17:23)

'Ihsan -احسان - berlaku baik' ialah perkataan yang paling komprehensif dan meluas tentang kebaikan, berlaku Ihsan kepada ibu bapa termasuk bantuan material atau psikologi, bergantung pada keadaan mereka. Nabi saw ditanya sama ada boleh berbuat baik kepada ibu bapa walaupun selepas kematian mereka. Baginda menjawab: Ya, dengan mendoakan dan memohon ampun untuk mereka, menunaikan kewajipan mereka dan membayar hutang mereka, dan menghormati kawan-kawan mereka.

Berita Berkaitan
captcha