IQNA

Apa kata Al-Quran / 13

Ayat Al-Quran yang paling utama dan mulia dalam mengenal Tuhan

9:14 - June 28, 2022
Berita ID: 3101201
TEHRAN (IQNA) - Satu ayat Al-Quran yang disebut "ayat Al-Kursi" mempunyai penghormatan dan keutamaan yang istimewa bahawa kedudukan ini adalah kerana ilmu yang jitu dan kaya yang dinyatakan di dalamnya.

Laporan IQNA; Ayat Al-Kursi sangat popular di kalangan umat Islam. Sebuah riwayat telah diriwayatkan daripada Rasulullah bahawa ayat 255 dari Surah Al-Baqarah dianggap sebagai ayat Al-Quran yang paling utama dan mulia.

Ayat ini telah dikenali sebagai "ayat Al-Kursi"- «آیة الکرسى» - sejak permulaan Islam dan Nabi telah menggunakan kalimah yang sama. Penghormatan khusus untuk ayat ini adalah disebabkan oleh ajaran yang tepat dan terperinci di mana ia menyatakan bahawa tauhid yang murni yang tersirat dalam frasa - «الله لا اله الا هو» - "Allahu La ilaha illa Hu"- Tiada Tuhan selain Allah-, dan yang kepadaNya semua nama ketuhanan berkaitan dan bergantung:

اَللَّـهُ لَا إِلَـهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْ‌ضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْ‌سِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ:

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)". (Qs, Al-Baqarah 2:255).

Dalam ayat ini, nama Allah dan sifat-sifat-Nya disebut enam belas kali. Oleh sebab itu, ayat kursi telah dianggap sebagai slogan dan mesej tauhid. -«لااله الاّ اللّه» - "La ilaha illa Allah" adalah muka surat pertama kad pengenalan setiap muslim, slogan dan ajakan pertama Nabi Islam dan mengimaninya adalah sumber keselamatan dan kemenangan dan kebahagiaan sebenar bagi manusia. Kepercayaan kepada tauhid mengecilkan dan mengurangkan segala kuasa dan tarikan di mata manusia. Contoh pendidikan tauhid ialah setiap muslim tidak sujud kepada raja-raja manusia dan mereka yang berkuasa.

Pengertian "hidup" - حیاة » - bagi Allah bermaksud bahawa Zat Allah swt tiada jalan fana - فناء - atau kemusnahan. "Qayyum" - «قَیّوم» - bermaksud perwujudan Tuhan yang kekal berdiri tegak dan menguasai secara menyeluruh. «لاتأخذه سنةٌ و لانوم» “- tidak di hinggapi rasa ngantuk dan tidur - Artinya perhatian Nya terhadap dunia tidak terputus sesaat dan pemilik sebenar segala yang ada di langit dan di bumi ialah Allah:-«له ما فى السموات و ما فى الارض» - “BagiNya segala apa yang ada di langit dan di bumi”.

Tanpa izin Allah, tiada siapa yang mempunyai kuasa syafaat atau memberi pertolongan kepada yanga lain, yang menegaskan keesaan Allah dalam kuasa dan kehendak. Sehubungan itu, sebarang berhala atau makhluk yang boleh menggugat kedaulatan Tuhan telah dinafikan.

Jika ada selain Allah dapat memberi syafaat tentu Pemberi syafaat itu bukanlah kuasa yang bebas dari kuasa Tuhan, tetapi dibawah perizinan dan dari kuasa syafaat Allah swt, dan kedudukan syafaat adalah bagi mereka yang dikehendakinya: «الا باذنه»"Kecuali dengan izinNya."

Daripada lafaz ; «كرسي» "kerusi" seseorang itu tidak boleh mempunyai idea fizikal bahawa, misalnya, Tuhan mempunyai singgasana yang didudukinya, tetapi menurut Allamah Tabatabai, kursi adalah salah satu tingkatan ilmu Tuhan Yang Maha Esa. Kerusi adalah ilmu yang tidak dapat diukur oleh sesiapa pun. Ungkapan ini menunjukkan Dia mengelilingi langit dan bumi dan dunia material dan bukan material, yang dipelihara oleh Tuhan dan dikuasai oleh kekuasaan dan kemampuan Tuhan.

Seperti dalam frasa; «یعلم ما بین ایدیهم و ما خلفهم» "Allah tahu apa yang ada diantara mereka dan apa yang ada dibelakang mereka"-, difahami ilmu yang tidak terhingga yang berkaitan dengan perkataan kerusi.

Inilah kedudukan di mana masa kini dan yang akan datang dan segala sesuatu yang berbeza waktu dan tempat dan seumpamanya dikumpulkan di satu tempat, dan inilah ilmu ketuhanan yang telah ditafsirkan sebagai "kursi".

Nama:
Email:
* komen:
* :