IQNA

Apa kata Al-Quran / 22

Seruan Al-Quran untuk berdialog dalam peristiwa Mubahalah

8:16 - July 26, 2022
Berita ID: 3101289
TEHRAN (IQNA) - Selepas peristiwa "Mubahlah" -«مباهلة» - yang berlaku kerana desakan penganut Kristian Najran terhadap tuntutan kesahihan mereka, diturunkan ayat-ayat Al-Quran yang sekali lagi menyeru kepada dialog dan menyepakati persamaan dan jelas hal ini menunjukkan pendekatan sahih Al-Quran untuk mengekalkan hubungan antara satu sama lain.

Laporan IQNA; Mubahalah merujuk kepada keadaan di mana dua pihak yang menuntut hak beradu bukti hak mereka dengan meminta laknat Ilahi kepada pihak lawan, dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka hak pihak yang lain terbukti.

Peristiwa Mubahalah bermula dengan surat Rasulullah (SAW) kepada orang Nasrani Najran dan menyeru mereka kepada Islam dan akhirnya berakhir dengan orang Najran berundur dan sebahagian daripada mereka masuk Agama Islam.

Satu delegasi penganut Kristian dari Najran, yang termasuk lebih daripada sepuluh orang tua mereka, datang ke Madinah, dan selepas kedua-dua pihak menegaskan kesahihan kepercayaan mereka, diputuskan bahawa isu itu harus diselesaikan melalui Mubahalah.

Ayat Mubahlah merujuk kepada masalah itu:

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ

"Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Qs, A-li'Imraan 3:61).

Pada pagi hari Mubahalah, Hazrat Rasul (SAW) keluar dari Madinah bersama keluarganya termasuk anak perempuannya Fatimah (as), wasi atau penjaga Rasulillah Hazrat Ali (as) dan cucu-cucunya Imam Hasan (as) dan Imam Hussain (as).

Apabila Abu Harithah, salah seorang ketua rombongan Nasrani Najran, mengetahui siapakah yang menyertai Nabi Muhammad (SAW), dia berkata: "Demi Allah, dia duduk seperti para Nabi, biasa duduk untuk berdoa mubahalah, kemudian dia berpaling dan berteriak: "Jika Muhammad tidak betul, dia tidak akan datang dengan keluarga yang paling dikasihinya, dan jika Allah memberkati doanya, sebelum tahun berakhir, tidak akan ada seorang Kristian pun yang tinggal di bumi".

Al-Quran; Marah dengan lawan atau mengajak dialog?
Rasool Rasoulipour, seorang profesor di Universiti Khwarazmi, dalam analisisnya terhadap pendekatan Al-Quran terhadap isu ini, dengan merujuk kepada ayat-ayat Surah Aal-Imran berikut, menunjukkan bahawa konfrontasi keras mubahalah atas kaum Kristian Najran, pada dasarnya bukanlah pendekatan utama Al-Quran, tetapi pemahaman kedua-dua belah pihak untuk mendapat petunjuk, adalah jalan utama yang ditarik oleh Al-Quran setelah utusan Kristian Najran tidak bersedia mubahalah, turun Ayat:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". (Qs, A-li'Imraan 3:64).

Mengikuti Ayat ini diwahyukan, Nabi (SAW) bersabda bahawa sekarang kamu tidak mahu bermubahalah, mari kita buat perjanjian mengenai persamaan kita.

Ini menunjukkan bahawa Al-Quran telah menemui kedudukan lain selepas Mubahalah. Al-Quran memiliki topik baru untuk terus menjadi pilihan ketika ditentang.

Mubahlah tidak berlaku pada zamannya, dan Al-Quran tidak berkata, bila-bila masa sudah bersedia, mari bermubahlah, tetapi topik Al-Quran berubah dan berkata, "mari kita sama-sama bercakap tentang persamaan".

Kesimpulan saya adalah bahawa dalam kitab suci, baik dalam Perjanjian Baru dan dalam Perjanjian Lama, terdapat konteks untuk dialog, orang memberitahu aduan dan bertanya soalan mereka kepada para nabi.

Perlu diperhatikan bahawa dalam teks-teks suci terutama dalam Al-Quran, kita melihat banyak kes di mana Nabi (SAW) dikucilkan dan dihina, tetapi baginda terus bercakap dan berkomunikasi.

Terutama jika kita menganggap dialog dalam makna luas dan tidak menghadkannya kepada pertukaran pengetahuan sahaja tetapi mengambilnya sebagai makna komunikasi, pada dasarnya teks suci datang untuk mewujudkan komunikasi ini.

Tujuan utama kitab suci adalah komunikasi untuk perdamaian, iaitu datang untuk berbaik-baik dengan orang yang sesat dan memberitahu mereka ada jalan, ada Tuhan, ada penjaga dan jangan putus asa.

Asas harapan adalah percakapan para nabi dengan umat manusia, terutama ketika Al-Quran menggunakan alamat "Ya ayyuhan Nas"- «یا ایها الناس»- Wahai Manusia! -, seruan ini sangat diharapkan.

Berita Berkaitan
captcha